[V]Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat di Kuala Kedah

Kuala Kedah – Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat sedang berlangsung selama dua hari iaitu 12 Januari hingga 13 Januari bertempat di Padang Awam, Taman Kota Nelayan. Orang ramai dijemput hadir kerana terdapat aktiviti menarik serta peniaga-peniaga vendor.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan melawat tapak peniaga-peniaga.

Cenderahati daripada peniaga kepada YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu

Karnival ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan Kerajaan Perpaduan dan rakyat. Terdapat berbelas peniaga yang terlibat untuk menjayakan program ini disamping dapat mempromosi peniagaan yang sedang mereka usahakan seperti satay arnab, nira nipah, laksa, kuih muih traditional dan lain.

 

Jualan mesra rakyat khas buat orang ramai yang hadir yang dikendalikan oleh Kelab KPDN Kedah

Selain itu, terdapat juga jualan mesra rakyat khas buat orang ramai yang hadir yang dikendalikan oleh Kelab KPDN Kedah. Barang yang dijual ialah telur satu papan yang berharga RM10, minyak masak paket 5kg yang beharga RM10 dan gula pasir 2kg yang berharga RM5.

Barisan menunggu giliran untuk membeli telur, minyak dan gula.

Harga yang ditawarkan sangat murah membuat pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menunggu dibarisan  yang panjang untuk membeli.

Baca:Ketika saya dibuang, Indonesia terima saya sebagai sahabat sejati – Anwar 

Disamping terdapat banyak jualan untuk santapan orang ramai, aktivi kanak-kanak juga disediakan untuk memeriahkan lagi program ini iaitu sepak penalti. Aktiviti sepak penalti disediakan ganjaran untuk 20 orang yang dapat sepak ke dalam gol sebanyak 3 kali berturut tanpa terbabas.

Kanak-kanak yang menyertai aktiviti Sepak Penalti

Ramai kanak-kanak terutamanya lelaki yang menyertai demi merebut hadiah yang telah disebutkan oleh penganjur dan masing-masing penuh dengan keazaman untuk membawa pulang hadiah tersebut.

Akhir kata, diharap orang ramai dapat hadir untuk memriahkan lagi program Karvival Jelajah Perpaduan Rakyat ini.

 

Hotstuffmalaysia

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:[V]Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat di Kuala Kedah […]