[VIDEO]Ini Caranya beza emas tulen dan emas palsu

Barang emas adalah salah satu aksesori yang sering diperagakan oleh wanita. Seperti yang diketahui, ia mempunyai nilai tersendiri dan boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi bila tiba masanya nanti.

Disebabkan itu juga ramai wanita di negara ini yang memilih untuk membeli barang emas dan menjadikannya sebagai pelan pelaburan untuk masa akan datang.

Bagaimanapun, anda diingatkan untuk berhati-hati kerana barang emas yang dibeli mungkin bukan yang tulen.

Cara-cara nak tahu ketulenan emas

Masalah akan mula timbul apabila barang emas tersebut ingin dijual atau digadai di kedai-kedai emas. Sudah tentu pihak kedai mempunyai cara untuk mengesan sama ada emas itu tulen atau tidak.

Bagi yang belum tahu, anda mungkin boleh mengikuti perkongsian @SriTemasek_Jewellery di TikTok ini.

Menerusi video yang dimuatnaik, ketulenan emas dikatakan boleh diuji dengan menggunakan cecair asid terlebih dahulu.

BACA: https://www.hotstuffmalaysia.com/497000-jongkong-emas-tersimpan-disini-kenali-tempat-simpan-emas-terbesar-dunia/

Emas tersebut akan dikikis sedikit dan seterusnya akan dicampurkan dengan asid. Jika warnanya luntur, mungkin ia bukan emas tulen.

Tidak cuma itu, barang emas juga akan boleh dibakar dan direndam dalam asid.

“Bila kita bakar dan rendam dalam asid, jika warna bertukar jadi emas, maka itu adalah emas tulen,” kata kedai emas itu.

Manakala, jika barang emas itu palsu, ia akan bertukar menjadi warna hitam.

Untuk melihat dengan jelas mengenai caranya, mari tonton video di bawah ini.

@sritemasek_jewellery

Korang tau ke tk tau ? 😣 #fyp #masukberanda #viral #fypdongggggggg

♬ original sound – ZDNN ABH fans_crew – NAZ HUSSAIN

Sumber: Sritemasek_jewellery

Artikel ini disiarkan pada 06/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)