[VIDEO] Ustaz Kazim dedah penyakit misteri yang dialaminya

Umum mengetahui pendakwah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias menghidap penyakit misteri yang dikatakan dihantar oleh seseorang.

Perkongsiannya di Facebook baru-baru ini mengejutkan ramai, penyakit misteri dihidapinya itu menyebabkan kulit wajah, kaki, perut dan beberapa bahagian lain menjadi kehitaman serta mengeluarkan darah.

Baca Juga: Nak kena beli pam besar rumah ni ke? – Penduduk Sungai Nonang

Apa yang mengejutkan pengacara dan penonton program tersebut, Ustaz Kazim membuang makeup di muka serta menunjukan kesan penyakit yang dihidapi di kaki.

Ustaz Kazim juga memaklumkan pernah sebulan beliau tidak boleh membuang air kecil dan ketika mendapatkan rawatan doktor menjelaskan ada satu ‘benda’ putih yang menggangu saluran kencing.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata pendedahan tersebut dilakukan bukan untuk tujuan marketing atau mahu mempromosikan filem lakonannya berjudul Zim Zim Ala Kazim.

“Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci Al-Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan sihir, benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita.

“Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada 25/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)