[Video] tips sahur kenyang lama

Biasanya ada yang tidak akan mengambil sahur dengan alasan tidak lalu makan pada waktu pagi. Walaupun sahur bukan perkara wajib, namun terdapat keberkatan ketika bersahur selain boleh membekalkan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Bagi mereka yang ingin merasa kenyang lebih lama semasa berpuasa, apa kata cuba ikuti tips yang dikongsikan oleh seorang individu di akaun TikTok, Nur Hashida.

Bukan itu sahaja, jika anda ikut tips ini, anda juga dikatakan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Jom ikuti perkongsiannya.

Tips mudah untuk kenyang lama semasa puasa

1. Makan kurma 3 biji

 

Wanita ini hanya ambil tiga biji kurma untuk makanan sahurnya. Seperti yang kita tahu, makan kurma adalah sunnah jika ia dimakan dalam bilangan ganjil.

2. Minum 2 gelas air kosong

Tidak dinafikan, pada bulan Ramadan minum manis memang lebih menarik daripada air kosong. Sedangkan, air kosong merupakan minuman terbaik untuk kesihatan tubuh badan.

3. Minum Mila Oat

“Saya minum Allura Mila Oat,” katanya.

Jelasnya lagi, mila oat ni sejenis meal replacement yang berkhasiat yang mana bahan-bahan dalam sajian ada kurma, rolled oat, chia seed, delima, apricot, vitamin c, badam dan susu skim. Untuk pengetahuan anda, bahan dalam ini tinggi serat bantu kenyang lama tetapi rendah kalori iaitu 110 kalori sahaja. Jadi, berat lebih senang turun bila kawal kalori harian tapi tak stres tahan lapar.

Boleh dikatakan makanan ini paling mudah untuk disediakan. Mana taknya, menurut wanita ini hanya dua minit sahaja masa yang perlu diambil untuk siapkan hidangan tersebut. Bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah lebih kenyang hingga waktu berbuka.

Semoga tips di atas membantu kita semua dan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh negara. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.

Untuk video penuh, boleh tonton di bawah.

@nurhashida92

tak lama lagi nak puasa #tiktokmalaysia #nakkurus #lostweight

♬ bunyi asal – Pak abas – Pak abas

 

Sumber: Nurhashida92

Artikel ini disiarkan pada 06/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • […] [Video] tips sahur kenyang lama […]

  • […] [Video] tips sahur kenyang lama […]

  • […] [Video] tips sahur kenyang lama […]