[VIDEO] Pelanggan ‘mengamuk’ kena scam beli telefon ‘second hand’

SEORANG lelaki naik darah setelah mendapati telefon bimbit yang dibelinya di sebuah kedai elektrik dan elektronik, Senheng bukan telefon baharu sebaliknya didakwa barang terpakai.

Dia dilaporkan bertambah sakit hati selepas perkhidmatan pelanggan kedai tersebut enggan melayan tuntutan untuk menukar telefon baharu dan memintanya berurusan dengan syarikat pembekal telefon berkenaan, Honor Malaysia.

Akibat seolah-olah ditendang seperti bola untuk berurusan dengan kedua-dua belah pihak, lelaki terbabit akhirnya hilang sabar dan mengamuk di kedai Senheng itu, namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Kejadian itu dipercayai dirakam sendiri oleh lelaki itu, sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Baca Juga : Syarikat ‘Wajibkan’ tidur siang 30 minit buat semua pekerja

Menerusi rakaman awal video itu, lelaki terbabit dilihat masih bersabar pada mulanya ketika membuat aduan tentang telefon bimbit yang rosak selepas hanya dibeli tidak sampai tempoh 24 jam di kedai Senheng berkenaan.

Rakaman tular kejadian lelaki mengamuk di sebuah kedai Senheng gara-gara telefon bimbit yang dibeli didakwa barangan terpakai. — Facebook

Lelaki itu kemudian bertindak menghempas telefon itu beberapa kali ke atas lantai sebagai tanda tidak puas hati terhadap layanan khidmat pelanggan kedai berkenaan.

Kakitangan kedai hanya berdiri dan mendiamkan diri di tempat masing-masing ketika lelaki itu sedang mengamuk. Tiada seorang pun daripada mereka yang dilihat cuba mententeramkan lelaki itu.

Video berkenaan dimuat naik di Facebook Tube Original dan mendapat sejumlah 10,000 tontonan sejak dimuat naik pada Isnin.

Sementara itu, kejadian dipercayai berlaku di Senheng IOI Puchong berdasarkan tangkap layar hantaran status Facebook dalam bahasa Cina yang dimuat naik oleh individu bernama Ricky Teh di pautan video tersebut.

Memetik laporan Majoriti turut disertakan adalah model telefon bimbit itu iaitu Honor X9 yang berharga RM1,099 hingga RM1,299 mengikut spesifikasi.

Artikel ini disiarkan pada 09/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)