Video kurang ajar pemandu BMW dari Singapura kencing di tempat awam

Sejak sempadan negara Malaysia dibuka pada 1 April lalu, pelbagai ragam pemandu dari Singapura dirakam sehingga mencetuskan rasa kurang puas hati oleh netizen Malaysia.

Bermula dengan insiden mengisi minyak RON95 secara terang-terangan, kemudiannya konvoi BMW memandu secara berbahaya, kini tular pula rakaman video seorang pemandu BMW dari Singapura membuang air kecil secara terbuka.

Dalam video itu, pemandu dan penumpang BMW itu keluar daripada kereta sejurus meletakkannya di kawasan parkir hadapan deretan kedai. Setelah rakannya meninggalkan pemandu itu keseorangan, dia ‘mengambil peluang’ membuang air kecil sambil menari-menari di hadapan paip meter air bersebelahan kereta BMW itu.

Kejadian yang didakwa berlaku di Johor Bahru itu telah mendapat perhatian warganet Malaysia dan Singapura yang berasa malu dan jijik dengan tindakan pemandu BMW terbabit.

MENARIK UNTUK ANDA : Guru Agama rogol 13 pelajar, dihukum mati

Pada masa sama, warganet Singapura turut menegaskan hanya kerana sikap pengotor seseorang dari negara mereka, tidak bermaksud ia mencerminkan budaya keseluruhan rakyat negara kelas pertama itu.

MENARIK UNTUK ANDA : [VIDEO] Jadi Ikon tak puasa, Bell Ngasri luahkan perasaan

Artikel ini disiarkan pada 06/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca Juga : Video kurang ajar pemandu BMW dari Singapura kencing di tempat awam […]

  • […] ARTIKEL MENARIK UNTUK ANDA : Video kurang ajar pemandu BMW dari Singapura kencing di tempat awam […]