[VIDEO] Kecoh! Marah Lembu Dicuri,Kereta Pencuri Dibakar & Diterbalikkan

Haiwan ternakan merupakan mata pencarian mereka yang berada dalam industri penternakan, pastinya jika ada perbuatan khianat, mereka akan terkesan dengan sangat teruk.

Sebuah video telah tular di Facebook dimana sekumpulan lelaki bertindak menterbalikkan dan membakar sebuah kereta kepunyaan seorang individu yang dipercayai mencuri lembu di kawasan tersebut.

 

KES VIDEO TULAR Kejadian sebuah kereta dipercayai milik pencuri lembu dibakar penduduk kampung dikatakan berlaku di Felda Neram, Kemaman.Berikutan kes tular ini, Polis Daerah Kemaman dalam satu kenyataan meminta mereka yang terlibat di dalam video yang tular ini HADIR ke IPD Kemaman atau menghubungi terus Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kemaman ( Inspektor Ong di talian 012-6966849 ) bagi membantu siasatan.“ Jangan Risau, Berani Kerana Benar ”▶️Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu

Posted by Inforoadblock on Monday, April 11, 2022

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Felda Neram, Kemaman, Terengganu, video berdurasi 40 saat itu tular di media sosial sejak kelmarin dan dikatakan ia berlaku kerana sekumpulan lelaki bengang apabila lembu ternakan mereka dicuri.

Menerusi laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.

Dia berkata, berdasarkan maklumat awal, insiden tersebut disyaki berlaku di tepi jalan Felda Bukit Kuantan menghala ke Felda Neram 1, Jabor di sini.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kenderaan itu dibakar. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Kesalahan khianat dengan api itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, Hanyan menyatakan dakwaan kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey digunakan untuk membawa lembu yang dicuri masih belum dapat dipastikan kerana tiada aduan berhubung kes kecurian haiwan itu diterima setakat ini.

Jaga-jaga, jangan tersilap langkah ya!

Baca Juga: https://www.hotstuffmalaysia.com/videoini-baru-kak-long-sebenar-wanita-smackdown-lelaki-selepas-curi-telefon-miliknya/

 

Artikel ini disiarkan pada 13/04/2022

CATEGORIES