Dua beradik menangis kegembiraan dapat bertemu setelah dapat rentas negeri

[Video] Dua beradik menangis kegembiraan dapat bertemu setelah dapat rentas negeri

Dua beradik warga emas menangis kegembiraan mengubat kerinduan selepas lama tidak bertemu mengundang sebak netizen.

Aktiviti rentas negeri yang telah dibenarkan bermula kelmarin dianggap sebagai tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama. Perasaan apabila dapat pulang ke kampung bagaikan seperti berada di musim perayaan.

Pastinya ia merupakan detik-detik bermakna yang selama ini dinantikan oleh semua orang terutama individu yang berada di perantauan dan berjauhan dengan ibu bapa serta sanak saudara.

Bayangkan perasaan hiba dan sayu kerana akhirnya dapat bertemu insan yang selama ini berada jauh di mata.

Seperti yang dialami oleh dua beradik ini yang tidak dapat menahan perasaan apabila dapat bertemu semula setelah sekian lama.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Tina Ozair di TikTok, tiada kata-kata yang mampu diucap, hanya pelukan dan airmata kegembiraan yang mengiringi pertemuan mereka itu.

Menurut Tina, bapanya sudah lama tidak dapat bertemu dengan bapa saudaranya yang berada di Raub, Pahang.

“Bagai di rodak hati. Sedih time nie Allah saja tau. Masa nie Abah lama tak jumpa Abg dia. Sorang di raub sorang di alor star,” kata Tina.

@tinaozair

Bagai di rodak hati..Sedih time nie Allah saja tau…Masa nie Abah lama tak jumpa Abg dia. Sorang di raub sorang di alor star #tiktok #fyp #kisahsedih

♬ bunyi asal – ku punya hati – ku punya hati

BACA JUGA : Persiapan balik kampung, warna asap ekzos mampu bantu kenalpasti kereta bermasalah

Artikel ini disiarkan pada 15/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)