![ikan [Video] Aksi terkejut pemancing, ikan gergasi tiba-tiba melompat keluar dari air](https://www.hotstuffmalaysia.com/wp-content/uploads/2021/10/ikan.jpg)
[Video] Aksi terkejut pemancing, ikan gergasi tiba-tiba melompat keluar dari air
Satu video yang memaparkan seekor ikan besar melompat keluar daripada permukaan sungai telah menjadi tular di media sosial.
Rakaman yang menakjubkan tersebut telah dikongsi menerusi satu akaun Instagram kaki pancing bernama @Yvesbissonsturgeonco.
Video yang dimuat naik pada 17 Julai yang lalu memaparkan seorang kaki pancing sedang menarik jorannya dari atas bot. Secara tiba-tiba seekor ikan gergasi telah muncul dan melompat daripada permukaan air sungai berkenaan.
Kesemua kaki pancing yang berada di atas bot berkenaan berteriak dan kagum akan insiden tersebut. Dipercayai bahawa ikan tersebut adalah ikan sturgeon.
![ikan besar [Video] Aksi terkejut pemancing, ikan gergasi tiba-tiba melompat keluar dari air](https://hotstuffmalaysia.com/wp-content/uploads/2021/10/ikan-besar.jpeg)
Ikan yang dipercayai berusia 50 tahun mengejutkan pemancing apabila melompat dari permukaan air dan menyambar umpan pancingnya
BACA JUGA : Makhluk ganjil terdampar di pantai, cetus panik orang ramai
Artikel ini disiarkan pada 14/10/2021