Ultras Malaya beri mesej ‘padu’ pada peja

Ultras Malaya difahamkan bersedia untuk menyediakan chant khas buat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ekoran kenyataan yang dikeluarkan.

Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja menganggap sorakan penyokong punca pemain Malaysia hilang fokus ketika menentang Bahrain tempoh hari.

Baca Juga:Jurulatih Turkmenistan tak salahkan padang punca kekalahan

Rata-rata peminat Harimau Malaya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan menyokong tindakan Ultras Malaya untuk mencipta chant khas.

“Kau nak Chant Special ke? Cakap la awal-awal,” kata Admin Ultras Malaya di Twitter.

Baca Juga: Jurulatih Bahrain salahkan AFC punca padang SNBJ jadi teruk

Penyokong Harimau Malaya yang lain berkemungkinan besar dapat menyaksikan chant yang bakal dihasilkan oleh Ultras Malaya pada perlawanan seterusnya nanti.

Skuad kebanggsaan dijadualkan akan bertemu pasukan Bangladesh pada 14 Jun ini dan ini merupakan misi wajib menang buat Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada 13/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga : Ultras Malaya beri mesej ‘padu’ pada peja […]