Tiada lagi SMS TAC untuk transaksi Maybank2U melebihi RM2000

Tiada lagi SMS TAC untuk transaksi Maybank2U melebihi RM2000.Maybank kini mengumumkan yang mana bermula daripada 6 Oktober 2021 kelak, Maybank2U tidak lagi akan menyokong kaedah pengesahan berasaskan SMS TAC untuk transaksi melangkaui RM2,000.

Untuk tujuan berkenaan, pengguna akan perlu menggunakan kaedah pengesahan berasaskan kepada SecureTAC.

Ciri SecureTAC ditawarkan melalui aplikasi Maybank2U dan juga MAE, memberikan lebih keselamatan, selain menjadi alternatif kepada pengesahan berasaskan SMS TAC.

Bagi pengguna Maybank2U, anda diminta mengaktifkan ciri Secure2u ini dan menggunakannya dalam mengesahkan sebarang transaksi melangkaui RM2000 bermula 6 Oktober 2021 ini.

Menarik : Pak Guard kacak umur 20 tahun ini curi perhatian netizen, dah macam model

Artikel ini disiarkan pada 07/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)