Terkini!! Tablet PerantiSiswa perlu dipulang semula selepas guna?

Terdahulu, menteri K-Komm menyatakan bahawa permohonan pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan dibuka pada 15 April depan.

Seperti diketahui, inisiatif tersebut adalah untuk memberikan sebuah tablet buat pelajar dalam golongan keluarga B40.

Pelajar yang layak, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian dan tablet tersebut akan dihantar ke tempat pengajian.

Menurut menteri K-Komm, Tan Sri Annuar Musa, pemberian tablet ini akan berlangsung selama 2 fasa.

Fasa pertama bakal diberikan bermula minggu kedua bulan Jun di mana ia melibatkan 60% daripada jumlah penerima dan ia turut diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.

Fasa kedua pula, ia bermula 60 hari selepas fasa pertama dan fasa ini melibatkan kes permohonan rayuan.

Apa yang menarik tentang PerantiSiswa ini, ia mirip skim pinjaman buku teks sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Bermakna, tablet yang diberikan ini adalah hak milik kerajaan sepenuhnya di mana ia hanya dipinjamkan sahaja. Apabila pelajar sudah tamatkan pengajian, tablet ini perlu dipulangkan semula.

Walau apa pun, diharapkan tablet tersebut adalah yang berkualiti dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.-Bernama

Artikel ini disiarkan pada 10/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)