‘Tak perlu penjara atau hukuman gantung sampai mati terhadap yasin’

Wardina Safiyyah ketika dihubungi memberi reaksi yang amat terkejut apabila teman baiknya yang juga penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman yang berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium.

“Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati.”

Baru-baru ni, menerusi perkongsian hantaran di Instagram, Wardina Safiyyah, mendakwa Yasin tidak seharusnya dipenjara ataupun hukuman gantung sampai mati hanya kerana tumbuh-tumbuhan dalam pasu.

“Dia patut diberikan rawatan penyakit mental dan perlukan sokongan serta rehabilitasi.

“Dia adalah seorang kawan, berbakat besar, bijak, dan berani. Seorang insan yang baik walaupun ada kekurangannya.

“Saya berdoa semoga dia menjadi seorang yang kuat dalam mendepani ujian ini dengan tenang,” tulis Wardina diiringi tanda pagar Justice For Yasin Sulaiman.

Menerusi penulisan itu, Wardina mengakui hatinya berkecai dan dia mendoakan semoga Yasin menerima bantuan sewajarnya.

“Hati saya remuk sebab yang kenal…, tahu dia tidak selayaknya untuk ini. Tolong, keluarkan dia dari penjara dan berikan rawatan atau bantuan kepada dia,” pintanya.

Artikel ini disiarkan pada 03/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga: ‘Tak perlu penjara atau hukuman gantung sampai mati terhadap yasin’ […]