Syarikat ‘Wajibkan’ tidur siang 30 minit buat semua pekerja

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengeluar tilam, Wakefit telah menarik perhatian ramai di Twitter selepas mereka memberikan waktu tidur siang kepada pekerjanya, lapor India Today.

Pengasas bersama Wakefit, Chaitanya Ramalingegowda telah menghantar e-mel secara rasmi kepada setiap kakitangan mengenai kewajipan tidur siang selama 30 minit.

“Kami telah mengambil keputusan untuk membiasakan waktu tidur tengah hari di tempat kerja dan mengisytiharkan 2:00 hingga 2:30 petang sebagai waktu tidur siang rasmi untuk semua pekerja,” jelas Ramalingegowda.

Beliau turut menjelaskan mengenai kepentingan tidur yang cukup kepada pekerjanya dalam e-mel yang dihantarnya.

Baca Juga : Jawatan kosong Penebar Roti Canai cecah gaji RM17K sebulan

“Kami telah berada dalam perniagaan ini mengenai amalan tidur sempurna (melalui tilam keluaran mereka) selama lebih dari enam tahun, namun masih gagal dalam keadilan terhadap aspek rehat iaitu tidur siang.

“Kami sentiasa mengambil serius tentang waktu tidur, tetapi mula hari ini, kami akan melakukan perkara yang lebih baik.

“Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), kajian menunjukkan bahawa ‘catnap‘ dapat meningkatkan prestasi sebanyak 33 peratus.

“Sementara itu, kajian Harvard pula mendedahkan bahawa bagaimana tidur siang dapat mencegah keletihan,” jelas Ramalingegowda dalam kenyataan itu.

Budaya tidur siang sememangnya penting untuk mengelakkan tekanan dan keletihan sewaktu bekerja. Dalam e-mel itu, beliau menegaskan bahawa budaya tidur siang harus menjadi bahagian penting dalam setiap syarikat.

Artikel ini disiarkan pada 09/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga : Syarikat ‘Wajibkan’ tidur siang 30 minit buat semua pekerja […]