Syamsul yusof dan Ira Kaza umum bertunang?

Spekulasi yang melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira bakal berkahwin dalam masa terdekat masih jadi tanda tanya.

Terbaru, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan satu kiriman mesej yang diterima menerusi direct message (DM) pada Selasa.

Dalam tangkapan skrin (screenshot) itu mendakwa Syamsul dan Ira sudah bertunang namun tidak didedahkan bila.

Baca Juga: Puteri Sarah anggap Syamsul nak kahwin 2 tidak penting

Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Tunang?

‘Terima kasih DM saya. Kalau betul, alhamdulillah,’ kata Puteri Sarah di akaun media sosial miliknya.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi peringatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

“Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.” katanya lagi

Sebelum ini, media melaporkan Syamsul dan Ira didakwa bakal berkahwin malah pelakon lelaki itu juga sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada 21/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga: Syamsul yusof dan Ira Kaza umum bertunang? […]