Suami setan !!! Berlagak Ustaz dalam Facebook, menggatal dengan janda dan bini orang

Suami aku dahulu bekerja sebagai ustaz KAFA, kemudian berhenti kerja untuk berniaga tetapi perniagaan lingkup dan sekarang suami tidak bekerja.

Suami mengaku dia Ustaz.

Aku bukan nak meluah perasaan tentang suami Biawak Hidup.

Aku cuma nak ceritakan yang aku sedih penulisan aku diplagiat suami sendiri.

Kalau aku sebut nama suami aku, mesti ramai yang kenal. Friends facebooknya sudah 5 ribu orang. Suami aku ada berpuluh ribu followers.

Modal suami aku adalah kononnya dia penulis Kitab Tafsir Sekian Sekian. Itu sebenarnya penulisan aku.

Suami aku tidak bekerja, 24 jam dengan handphone dan sering memaksa aku menulis cerita-cerita keagamaan untuk status facebooknya.

Suami aku sanggup order Food Panda tapi guna duit aku, agar aku siapkan penulisan berkaitan isu-isu semasa yang suami aku mahu sentuh di facebooknya.

Semua penulisan aku, suami aku buat seperti dia yang menulis.

Selepas wabak covid melanda, aku mengajar PdPR dari rumah. Jadi aku mula nampak banyak perkara yang menyedihkan dan mengecewakan aku.

Suami aku pandai bercakap. Dia suka buat perbincangan online. Dia sering dijemput memberi ceramah agama.

Tapi aku kena tulis teks ceramah untuknya dan terangkan pada dia dulu supaya dia faham dan tak salah cakap. Yang aku sedih, aku terdengar beberapa kali suami aku bergurau di ceramah online-nya tentang aku.

Jangan jadi macam orang rumah ustaz (aku la tu), masak nasi pun hangit. Nak buat macamana orang perempuan ni lemah. Hadap je la. HarHarHar.

Aku sedih difitnah suami sendiri hanya sebab dia nak tarik followers. Aku pandai masak. Aku tegur dengan lembut jika suami aku tak mandi berhari-hari kerana sibuk dengan facebook.

Baru-Baru ini suami aku tertidur. Handphone berbunyi. Tertera nama Tiza.

Aku jawab dan suara perempuan bertanya manja ustazzzz.. bila nak jumpaa lagiiii. rindu. Nak luruh jantung aku. Sejak bila suami aku jumpa perempuan lain?

Kemudian aku lihat banyak nombor telefon perempuan Shakila J, Salmi J, Raihana B, Johana B.. Laila B..

Mula-mula aku tak faham sehinggalah aku call setiap nombor bertanya. Maksudnya Bini Orang. Maksudnya Janda.

Semua mengaku suami aku si Ustaz Facebook itu gatal dan selalu call mereka malam-malam. Suami aku selalu duduk di luar hisap rokok malam-malam.

Kemudian aku lihat nombor disimpan dengan nama sombong,berlagak,tete kempis, aku hubungi juga guna handphone aku sebab nombor itu semua block nombor handphone suami aku.. semua itu adalah perempuan yang reject suami aku.

Mereka kata suami aku gatal, paksa kahwin sebab aku suruh poligami dan apabila mereka tolak, suami aku akan komen mengutuk apa sahaja yang mereka upload di facebook hingga mereka terpaksa remove suami aku atau block suami aku.

Aku tak pernah terdetik nak suruh suami aku poligami. Aku yang tanggung dia sekarang.

Sekarang aku benar-benar rasa sakit hati. Aku menyampah tengok muka suami aku.

Aku lambat-lambatkan siap Kitab Tafsir Sekian Sekian dan aku terus berpura-pura tidur jika suami aku suruh aku tulis status untuk fb dia berkaitan agama, sampai suami aku terpaksa copypaste penulisan ustaz lain untuk kekalkan followers-nya.

Aku bertambah kecewa apabila aku menyedari rakan-rakan penulis dari dalam kalangan guru sudah berjaya dalam penulisan atas nama mereka sendiri. Ada sampai terima anugerah dari kementerian.

Aku sepatutnya di situ. Aku sudah tulis banyak tetapi semuanya suami aku tukar kepada namanya.

Hari ini aku sangat-sangat sedih apabila seorang penulis wanita guru sekolah aku kongsi gambar dalam group panitia kami cek bayaran penulisannya dan berniat nak sedekah pada tabung surau sekolah.

Dan dia cerita ada penulis wanita yang popular punya pendapatan lebih banyak berpuluh ribu sebulan hasil jualan buku dan selalu ke luar negara.

Kawan aku bakal ikut penulis wanita tu ke luar negara untuk bawa buku dia. Aku?? Paling jauh suami aku bawa aku ke kampung dia. Duit penulisan aku atas nama dia. Bila dapat bayaran, suami aku belanja kawan-kawan dia. Aku sangat kecewa.

Aku nak bertanya kalian, perlukah aku letak nama aku pada penulisan Kitab Tafsir Sekian Sekian?? Perlukah aku minta fasakh??

Aku benci tengok muka suami aku si Ustaz Facebook. Aku nak tengok bolehkah dia menulis lagi tentang agama jika kami bercerai?? Aku dah tak mahu suami aku lagi si Ustaz Facebook.

Aku dah jemu diperbodohkan suami aku sendiri. Aku mahu menulis untuk diri aku sendiri. Aku mahu menulis buku yang ada nama aku.

Aku nak bercerai dengan si Ustaz Facebook. Dia boleh kahwin dengan mana-mana perempuan yang dia simpan nombor telefon.

Soalan terakhir aku, perlukah aku delete akaun facebook suami aku sebelum aku mohon fasakh??

Tolong aku. Tolong Jawab semua soalan aku. Aku perlu kekuatan untuk keluar dari perkahwinan toksik ini. Aku tak mahu suami Ustaz Facebook. Aku penat.

Isteri Terabai (Bukan nama sebenar)

Berita Penuh : https://iiumc.com/suami-aku-ustaz-facebook/

Artikel ini disiarkan pada 17/09/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)