Suami mengamuk, tetak isteri ahli keluarga di depan juadah

Empat sekeluarga parah akibat ditetak ketika menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata polis menerima maklumat orang awam berkenaan kes itu pada jam 8.22 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 7.11 malam ketika empat beranak itu menunggu waktu berbuka puasa.

“Suspek tiba-tiba mengamuk sebelum menetak isterinya berusia dalam 30-an, ibu mentua dalam 50-an, serta dua adik iparnya masing-masing lelaki berusia 16 tahun dan perempuan berusia 30-an menggunakan parang.

BACA : Upload video suami basuh pinggan di Tiktok,Wanita diceraikan

“Semua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Dua anak suspek berusia lima dan dua bulan selamat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Husin berkata, punca kejadian belum diketahui dan polis giat menyiasat motif serangan.

Sehubungan itu, katanya, polis giat mengesan seorang pekerja ladang nanas, Mohd Adi Hashim, 38, beralamat di Felda Air Tawar 3, bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121568 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat,” katanya.

Lanjut : Suspek tetak 4 ahli keluarga masih bersembunyi

Sumber : BHarian

Artikel ini disiarkan pada 17/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)