Siti Kassim ‘sound’ PU Riz minta jaga aurat Adibah Noor

Berhubung pemergian penyanyi Adibah Noor pada Sabtu lalu, pendakwah bebas Haris Ismail ada menegur orang ramai supaya tidak berkongsi foto Allahyarham yang tidak menutup aurat.

Bagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang dengan teguran diberikan suami kepada selebriti popular Neelofa itu termasuk peguam dan aktivis Siti Kassim.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, dia berkongsi tangkap layar laporan mengenai teguran Haris itu sebelum meminta pendakwah tersebut menjaga tepi kain sendiri dan tidak mengulas tentang isu berkenaan.

Baca Juga: Bapa Arwah Adibah Noor tak tahu Adibah hidap kanser

“Siapa dia (Haris) ni? Dia patut jaga hal sendiri dan diam! Dia ingat dia dah ada tempat di syurga?,” tulisnya yang dikenali sebagai seorang lantang bersuara di media sosial.

Sebelum itu, Siti atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mengakui terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang disifatkan seorang berbakat besar meskipun tidak mengenali secara peribadi.

Artikel ini disiarkan pada 20/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)