Setiap kali pulang ke rumah kucing ini akan bawakan ‘hadiah’, pemilik mula pening

Setiap kali pulang ke rumah kucing ini akan bawakan ‘hadiah’, pemilik mula pening. Seekor kucing telah membuatkan pemiliknya garu kepala apabila membawa pulang barang-barang aneh yang diambil dari jiran.

Monica Vicens berkata bahawa kucingnya yang dikenali dengan nama China akan keluar pagi untuk mencari barang dan membawanya pulang seolah-olah membawa “rezeki pulang kepada keluarga”.

Dia mendedahkan kucingnya itu adalah salah satu dari tiga kucing yang dibela olehnya, telah berubah menjadi pemburu sejak dia berpindah ke kawasan itu.

Dalam video yang dikongsikan Monica di TikTok, kucing putih coklat ini dilihat membawa pulang surat, gunting, pemetik api, dan kadang-kala objek yang lebih besar seperti mentol penyiram.

Setiap kali pulang ke rumah kucing ini akan bawakan 'hadiah', pemilik mula pening. Seekor kucing telah membuatkan pemiliknya garu kepala apabila membawa pulang barang-barang aneh yang diambil dari jiran.

China juga telah mengumpulkan beg kacang jagung dan produk kitar semula seperti botol air.

Dalam temubual bersama The Dodo, Monica berkata: “Saya harus memastikan semua pintu dan tingkap ditutup agar dia tidak dapat keluar kerana dia selalu masuk dengan beberapa objek atau makhluk hidup di mulutnya.

“Dia akan bangun setiap pagi seolah-olah itu adalah tugasnya untuk keluar dan menyara keluarga.”

“Dia juga akan cepat-cepat berlari ke tanah kegemarannya untuk berguling-guling, dan kemudiannya dia pergi untuk mencuri.

“Dia pasti akan kembali dengan sesuatu, meletakkannya di pintu, duduk dan mengeow kepada saya.”

Monica berkata lagi, pernah suatu ketika dia menangkap China membawa stokin pulang ke rumah. Rata-rata yang menonton video Monica ini merasa kagum dengan kebolehan China membawa pulang hadiah setiap hari.

“Adakah kucing anda berusaha membina sesuatu?” tanya seorang penonton pada video tersebut.

Berita Lain:

Rayan berjaya dikeluarkan dari telaga namun menghembuskan nafas terakhir

Wanita genit macam tak percaya berjaya lahirkan bayi 2.35kg

Alza 2022 berwajah baharu ditangguhkan atas sebab ini…

 

Artikel ini disiarkan pada 07/02/2022

CATEGORIES