Sering tidur lepas 11 malam akan buat anda kelihatan tua

Sering tidur lepas 11 malam akan buat anda kelihatan tua

Sebelum tidur scroll Facebook dan TikTok dulu. Siapa di sini yang suka macam itu? Harus diakui, kadang-kala kita akan melayari media sosial sebelum waktu tidur untuk memenatkan mata, tanpa kita sedar yang kita sudah bermain telefon terlalu lama dan tidur lewat.

Meskipun purata waktu tidur untuk setiap manusia adalah berbeza, namun orang dewasa dinasihatkan untuk tidur selama 7 hingga 9 jam pada setiap malam. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.

Tidur lambat akan buat nampak tua?

Menurut seorang pakar kulit dan kulit kepala, Geoff Wright, badan manusia mempunyai ‘jam badan’ di mana sistem kulit dan kulit kepala akan melembap secara semulajadi pada pukul 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari.

Sementara waktu selepasnya iaitu pada 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu di mana kulit melalui proses penjanaan dan penutrisian. Proses penjanaan sel-sel lama ke sel baru hanya dapat dilakukan pada waktu malam, semasa anda sedang tidur.
Sering tidur lepas 11 malam akan buat anda kelihatan tua

Jadi, kerap tidur lambat juga akan membuatkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya, sekaligus membuatkan wajah anda nampak kurang berterampilan.

Susah tidur?

Jadi, semakin tinggi tahap melatonin anda, semakin mudah untuk anda tidur. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan tidak bermain telefon pintar atau laptop sebelum waktu tidur kerana ia boleh menghalang penghasilan melatonin dalam badan.

Juga, elakkan makan juadah berat sebelum tidur kerana ia akan membuat badan anda sibuk dengan proses pencernaan makanan, di saat anda patut tidur lena.

Jadi, tidak guna jika anda menghabiskan ratusan ringgit untuk produk kecantikan kulit muka jika anda tidak menjaga tidur dengan baik. Ayuh tidur awal!

Artikel ini disiarkan pada 17/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)