
Seorang pelanggan Shopee belanja RM247ribu dalam sehari
Bulan ini Shopee Malaysia telah menjalankan kempen jualan mega 3.15 bersempena dengan Hari Pengguna dengan menawarkan pelbagai barangan pada potongan harga yang sangat berbaloi.
Susulan pengumuman itu, platform e-dagang yang terkenal di Malaysia ini terus mendapat perhatian pengguna yang rata-rata sudah selesa berbelanja secara atas talian.
Apa yang menggemparkan negara adalah, pihak Shopee sendiri telah berkongsikan data pembelian salah seorang dari pelanggan mereka yang telah membelanjakan lebih dari RM247,000 pada hari jualan berkenaan dengan membeli pelbagai peralatan rumah seperti pembersih vakum dan TV pintar.

Platform e-dagang Shopee mendapat kepercayaan rakyat Malaysia
Lebih memeranjatkan lagi, salah seorang dari penjual produk elektronik di platform e-dagang itu juga telah berjaya mencatat jumlah jualan sebanyak RM3.6 juta nilaian kasar Ketika kempen jaulan 15 Mac lalu.
Menurut Shopee antara produk yang mendapat perhatian dan jualan yang popular sepanjang kempen 3.15 Shopee adalah produk Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Kesihatan dan Kecantikan. Manakala Barangan Runcit juga mendapat permintaan yang tinggi.

Mega Sale 3.15 Shopee
Shopee turut mendedahkan dalam tempoh dua jam sahaja pada 15 Mac lalu, nilai jualan mereka naik lima kali ganda berbanding hari-hari biasa. Malah sebanyak 36 juta baucer Shopee turut dituntut pada tarikh tersebut.
Hasil jualan yang diluar jangkaan ini adalah disebabkan platform e-dagang Shopee mendapat pengikhtirafan yang baik di kalangan pengguna di Malaysia. Ia juga dibantu oleh habit rakyat Malaysia ketika ini yang lebih selesa membeli secara atas talian kesan dari pedemik Covid-19.

Shopee 3.15 Hari Pelanggan
ARTIKEL MENARIK:
Steering MyVi ala-ala Formula 1 berharga RM2,500 undang kecaman
BKM Fasa 1 Masuk Esok | Jom Semak Kelayakan Anda Sekarang
Dashcam canggih ala-ala ‘Jarvis’ dalam Iron Man curi perhatian netizen
Artikel ini disiarkan pada 28/03/2022
[…] Seorang pelanggan Shopee belanja RM247ribu dalam sehari […]