
Semak status permohonan BKM anda hari ini
Semakan Status BKM 2022
• Status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak mulai 28 Mac 2022. Sila Klik Log Masuk BKM untuk semakan lanjut.
Pembayaran Fasa 1 BKM 2022
• Tarikh pembayaran Fasa 1 BKM 2022 kepada penerima BKM 2022 yang berstatus Lulus adalah seperti berikut
- Ada Akaun – Bayaran mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.
- Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
MENARIK UNTUK ANDA
Semak kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di sini sekarang!
• Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.
• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Portal rasmi BKM LHDN
Artikel ini disiarkan pada 28/03/2022
[…] BACA ARTIKEL MENARIK : Semak status permohonan BKM anda hari ini […]
[…] mana yang telah semua sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 telah pun mula disalurkan ke akaun bank mereka yang layak bermula pada 28 Mac […]