
Sanusi Akui ada ‘Tangan Ghaib’ dalam Liga Malaysia
Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menegaskan mengenai penolakan pemberian kuasa penuh kepada seseorang individu di dalam sukan bola sepak.
Jelas beliau lagi, perkataan ‘tokong’ itu ditekankan tanpa suka-suka setelah mengetahui wujudnya campur tangan individu tertentu untuk memberi serta mengatur pasukan yang beraksi dalam negara.
Baca Juga: Hai-O tidak bersetuju individu disamakan dengan ‘Tokong’
"Mana boleh macam itu, bola sepak permainan untuk semua orang."#AWANInews #AWANIpagihttps://t.co/FzqD8UGfcJ
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) May 22, 2022
Beliau menjelaskan kenyataan ‘tokong’ yang dibuat sebelum ini dibuat selepas wujud campur tangan ‘individu’ tertentu dalam mengatur dan memberikan arahan kepada pasukan-pasukan lain.
Sanusi juga mendedahkan bahawa individu tersebut akan memberikan bonus sekiranya berjaya menewaskan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
“Saya maksudkan ‘tokong’ itu (adalah) jangan (ada seseorang yang) terlalu supreme atau semua orang kena tanya dia (individu berkenaan). Mana boleh macam itu. Bola sepak permainan untuk semua orang.
“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu. Kawan (ada pihak) nak pergi latih sana, kena tanya dia dulu. Lepas itu dia ‘round‘ pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu. Dia ingat orang tak tahu. Jangan bagi saya cerita semua,” ujarnya kepada Sukan Awani.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Santai Anak Utara di Taman Jubli Emas, Alor Setar pada Sabtu.
Dalam masa sama, Sanusi akui apa yang dibuat oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah sah berdasarkan perjanjian pinjaman sebelum itu setelah kelab tersebut memanggil semula pemain mereka, Syafiq Ahmad.
TERIMA KASIH SYAFIQ AHMAD, BIAR JASA JADI KENANGAN!
Info penuh: https://t.co/XnKx7xAlNd#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #biarjasajadikenangan #SA28 pic.twitter.com/miYcZ4K4sC
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 20, 2022
Walaupun ketiadaan Syafiq dalam pasukan, perkara tersebut dilihat bukan satu masalah buat Kedah menurut Sanusi apabila beliau yakin kelab itu mampu melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu pada masa akan datang.
Sanusi juga mengesahkan pihak mereka tidak akan sesekali membeli Syafiq secara tetap pada masa akan datang, sebaliknya mereka akan memberi fokus pada pemain-pemain muda berbakat.
“Orang lain pun boleh main (juga), saya tengah buat sekarang, Liga Menteri Besar di seluruh Kedah, saya ingat beratus orang akan dilahirkan daripada liga itu, saya tidak risau pasal pemain, ramai pun anak Kedah yang dieksport keluar, dilatih dan dicungkil di Kedah, saya tidak takut,
“(Skuad Kedah) macam kilang melahirkan pemain berkualiti, pasukan selatan pun ambil pemain Kedah dua, tiga orang, saya nak hairan apa?” katanya lagi
Artikel ini disiarkan pada 23/05/2022
[…] Baca Juga: Sanusi Akui ada ‘Tangan Ghaib’ dalam Liga Malaysia […]
[…] Baca Juga: Sanusi Akui ada ‘Tangan Ghaib’ dalam Liga Malaysia […]