Rumah berdinding kanvas, 2 beradik enggan susahkan keluarga

KUALA KRAI: Melihat kesukaran hidup dua beradik yang mendiami rumah yang hanya berdindingkan kanvas di Kampung Pasir Jering, di sini, sungguh meruntun hati.

Seakan tidak percaya kediaman yang kelihatan tidak ubah seperti stor itu didiami Mohd Ayob Mat Noor, 31, bersama adiknya, Mohd Amirul Zaman, 23, dalam keadaan serba daif tanpa bekalan elektrik.

Menurut Mohd Ayob, ia rumah pusaka arwah nenek mereka yang terbakar pada November tahun lalu sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian ruang tamu, meninggalkan hanya ruang dapur yang kecil untuk mereka berteduh.

“Rumah pusaka peninggalan arwah nenek dalam keadaan baik serta dilengkapi kemudahan elektrik sebelum ini, namun segalanya musnah selepas kebakaran dua bulan lalu. Kami kini menggunakan lilin untuk menerangi malam,” katanya ketika ditemui.

BACA : Angin perkauman dan kebencian ditiupkan untuk meruntuhkan Kerajaan Perpaduan – Ustaz Ahmad Awang

Terdahulu, dua beradik itu dikunjungi Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed.

Mohd Ayob berkata, arwah nenek, Che Wok Hussin menjaga mereka sejak kecil, manakala ibu dan bapa menetap di Kampung Telekong.

“Ibu dan ayah ada ajak kami tinggal bersama, tetapi kami enggan kerana tidak mahu menyusahkan mereka kerana rumah di Kampung Telekong adalah bantuan kerajaan untuk mangsa banjir 2014 yang turut dihuni adik beradik lain. Kami bimbang rumah jika saya dan Amirul juga tinggal di situ.

“Jadi saya dan adik mengambil keputusan untuk terus menetap di rumah pusaka ini walaupun ia serba kekurangan,” katanya.

Mohd Ayob berkata, untuk membina semula rumah pusaka berkenaan memerlukan modal yang besar dan mereka tidak mampu kerana hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa, sekadar cukup bagi perbelanjaan harian.

“Memandangkan rumah kami berdindingkan kanvas selain tidak berpintu, sudah beberapa kali haiwan berbisa seperti ular masuk. Kami bernasib baik kerana sedar kehadiran haiwan berkenaan.

“Ssaya sentiasa memantau keadaan sekeliling, dalam dan luar rumah kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini,” katanya berharap ada pihak sudi membantu membaiki rumah pusaka ini supaya lebih selesa untuk didiami.

Bharian

Artikel ini disiarkan pada 09/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (13)
  • […] Baca:Rumah berdinding kanvas, 2 beradik enggan susahkan keluarga […]

  • Alisha 1 week

    coursework b science titles coursework ucl coursework or course works coursework computer science

  • InessamnPt 7 days

    coursework psychology
    [url=”https://brainycoursework.com”]coursework plagiarism[/url]
    coursework master

  • Freda 6 days

    coursework masters vs research masters coursework masters
    meaning coursework gcse pe coursework advantages and disadvantages

  • Nathan 6 days

    coursework vs course work king’s college london coursework jd coursework coursework samples

  • Carri 6 days

    coursework moderation coursework vs research coursework masters vs research masters online coursework

  • Christine 5 days

    coursework jelentése coursework introduction coursework based masters buy coursework

  • Latesha 5 days

    coursework based a levels online coursework coursework plug coursework and research difference

  • Melba 5 days

    coursework science coursework umich stats design and technology gcse coursework coursework for psychology degree

  • Jolie 5 days

    coursework meaning coursework science coursework advantages and disadvantages coursework at college

  • Andrew 5 days

    course work là gì coursework writer design technology coursework coursework for high school

  • Hollie 5 days

    coursework or research coursework quotes
    coursework help uk jerusalem coursework

  • 1moderately