Renan ‘laku keras’ di Indonesia, Peminat Kedah mula rindu?

Bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC, Renan Alves yang kini beraksi untuk Barito Putera dikhabarkan menjadi rebutan kelab-kelab di Indonesia selepas mempamerkan aksi berkualiti di Liga Indonesia.

Renan mengakui akan kehangatan pasaran perpindahan yang mengaitkan beliau berhijrah ke kelab-kelab besar Indonesia. Namun begitu, Renan akui tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius dan menyerahkan segalanya kepada agen beliau, Antonio Teles.

Baca Juga : 7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’

“Memang kita tahu khabar angin berkenaan pasaran perpindahan itu, tapi saya tidak mahu memikirkan apa yang berlaku di luar padang,” kata Renan Alves lagi.

“Saya sudah mempunyai wakil untuk menyelesaikan segala permasalahan dan telah memberikan sokongan luar biasa. Saya serahkan semuanya kepada Antonio Teles (agen Renan).

Baca Juga: ‘Pak Ngah’ akui terkilan walaupun berjaya catat hatrik

Tidak kurang juga peminat Kedah yang kini mula merindui kelibat pemain itu selepas aksi hambar yang ditampilkan pemain pertahanan Korea, Jang Suk-won dan Marc Vales yang kerap bolos sehingga 17 gol dalam hanya 8 perlawanan.

Namun jika diimbau, sebenarnya banyak kritikan terhadapnya sepanjang bersama Kedah. Beliau kerap ‘tiada’ saat pasukan perlukan kudratnya sama ada cedera atau digantung perlawanan. Malah, beliau juga adakalanya menyusahkan pasukan terutamanya apabila menerima layangan kad merah dalam perlawanan penting.

Sememangnya beliau kerap terlepas aksi penting melibatkan Kedah. Beliau juga pernah terlepas dua aksi Hijau Kuning di pentas final disebabkan layangan kad merah iaitu di saingan Piala FA dan Piala Malaysia 2019.

Untuk rekod bersama pasukan Kedah, Renan Alves telah mengumpul sebanyak 10 kad kuning, satu kad kuning kedua dan dua kad merah dalam liga, tak termasuk kejohanan lain.

Renan kini berada di Brazil untuk bersama keluarganya di sana dan bertindak untuk tidak memikirkan mengenai bola sepak buat masa ini.

“Sekarang saya hanya mahu bersama keluarga saya, dengan orang tersayang, ibu, datuk dan nenek saya, dan adik-beradik saya,” kata Renan kepada media.

Untuk rekod, Renan menyertai Barito Putera pada pertengahan musim Liga Indonesia. Beliau diangkat sebagai wira pasukan selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukannya dan lebih manis lagi beliau merupakan tonggak utama pasukan yang menyelamatkan pasukannya dari turun liga.

Walaupun masuk pada pertengahan musim, Renan Alves berjaya tampil sebanyak 14 kali dan berjaya meledak 4 gol bersama Barito Putera. Untuk seorang pemain pertahanan tengah dan mampu menjaringkan gol-gol penting, pasti ianya merupakan satu bonus tambahan.

Terdahulu, benteng pertahanan pasukan Kedah yang rapuh dilihat bakal menjadi masalah utama dan ketua jurulatih, Aidil Sharin digesa untuk aegera menyelesaikan masalah ini. Persoalan, siapakah yang selayaknya menjadi pengganti kepada pemain pertahanan yang telah meninggalkan pasukan Kedah?

Ataupun, kita bakal menyaksikan u-turn daripada bekas pemain Kedah, Renan Alves untuk kembali mengukuhkan kubu pertahanan Sang Kenari pada perpindahan hujung bulan ini?

Baca Juga: 5 Faktor Aidil Sharin boleh ucap ‘bye bye’ pada Kedah?

Artikel ini disiarkan pada 11/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca Juga: Renan ‘laku keras’ di Indonesia, Peminat Kedah mula rindu? […]

  • Vanita 1 day

    As a foreigner not residing on the island I’m on is crucial that you can rely
    on someone wwho understands or knows local aand business practices very well.

    Loook at my page … real estate indonesia Bali