
Peralihan ke subsidi bersasar bukan lagi pilihan pengguna elektrik
Kerajaan telah memulakan peralihan ke subsidi bersasar dengan mengurangkan subsidi bagi pengguna elektrik voltan sederhana dan tinggi bukan domestik kerana subsidi secara pukal adalah tidak efisien dan tidak lestari.
“Kita mendapat banyak kritikan dalam kalangan industri tetapi peralihan ini bukan lagi satu pilihan,” kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad semasa berucap pada perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sistem bekalan elektrik negara mempunyai daya harap yang tinggi dan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar serta pada masa yang sama mengekalkan kadar tarif yang mampu dibayar oleh semua penduduk di Malaysia.
Katanya kerajaan juga telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penjanaan tenaga elektrik daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) di masa hadapan dan meminta warga NRECC untuk memudah cara penyertaan industri, memastikan kos menjalankan perniagaan berpatutan serta mengurangkan karenah birokrasi bagi TBB berkembang.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementeriannya akan membangunkan Dasar Air Negara dengan menekankan peranan air dalam kerangka pengurusan membabitkan alam sekitar, perubahan iklim, tenaga, biodiversiti serta sumber asli.
Beliau berkata kira-kira 90 peratus daripada bencana alam seluruh dunia adalah berkaitan air sama ada banjir atau kemarau yang menyebabkan berjuta-juta kerugian setiap tahun.
Menurut Nik Nazmi kementeriannya perlu memperkukuh strategi pelaksanaan membabitkan pengurangan risiko bencana dan impak perubahan iklim iaitu banjir yang merupakan satu daripada fokus utama kerajaan pada masa ini.
“Kementerian harus mengambil kira dan memberi keutamaan kepada rakyat terutama golongan B40 dalam pengurusan banjir. Ini termasuklah pemuliharaan kawasan tadahan air sebagai khazanah alam yang sangat penting dalam menjamin sumber air negara,” katanya.
— BERNAMA
Baca juga: https://www.hotstuffmalaysia.com/little-beijing-di-melaka-jadi-tumpuan-pengunjung/
Artikel ini disiarkan pada 19/01/2023
[…] Baca juga : https://www.hotstuffmalaysia.com/peralihan-ke-subsidi-bersasar-bukan-lagi-pilihan-pengguna-elektrik/ […]
coursework vs research masters coursework for business administration coursework like
copa coursework common app
coursework samples coursework calculator coursework masters vs research
masters coursework plagiarism checker
coursework define coursework linkedin degree coursework coursework writing service
coursework jelentése coursework synonym coursework for nursing coursework masters vs research masters
coursework advantages and disadvantages coursework
or course works coursework at a college or university coursework resume
course workload coursework on resume buy coursework online coursework on a resume
coursework job meaning creative writing coursework coursework based degrees coursework master degree
coursework on cv coursework download free coursework at
university creative writing coursework ideas
coursework writer uk coursework website coursework plagiarism coursework on cv
coursework website coursework moderation creative writing english
coursework coursework in area of expertise