Penternak ini dedah mengapa mereka rugi walaupun harga ayam mahal sekarang

Penternak ini dedah mengapa mereka rugi walaupun harga ayam mahal sekarang. Tokey Ayam Bongkar Rahsia Kenapa Ayam Tiada, Ayam Mahal. Ayam Disorok? Ada Pihak Tertentu Mempunyai Agenda Tersembunyi? Penternak, ini, dedah, mengapa, mereka, rugi, walaupun, harga, ayam, mahal sekarang, Tokey, Ayam, Bongkar, Rahsia, Kenapa, Ayam, Tiada, Ayam, Mahal, Ayam,Disorok? Ada pihak, Tertentu, Mempunyai, Agenda,Tersembunyi?, persatuan penternak lembu kelantan, kelab penternak anak kelantan.

Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun. Harga bergantung apa? Bergantung kos, kos naik, harga naik, kos turun, harga turun. Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai. Kemudian, pada tahun lepas. Harga bahan mentah import meningkat mendadak. Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan.

Penternak ini dedah mengapa mereka rugi walaupun harga ayam mahal sekarang. Tokey Ayam Bongkar Rahsia Kenapa Ayam Tiada, Ayam Mahal. Ayam Disorok? Ada Pihak Tertentu Mempunyai Agenda Tersembunyi? Penternak, ini, dedah, mengapa, mereka, rugi, walaupun, harga, ayam, mahal sekarang, Tokey, Ayam, Bongkar, Rahsia, Kenapa, Ayam, Tiada, Ayam, Mahal, Ayam,Disorok? Ada pihak, Tertentu, Mempunyai, Agenda,Tersembunyi?, persatuan penternak lembu kelantan, kelab penternak anak kelantan.
  • Harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021)
  • Harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021)
  • Harga gandum meningkat.

Semua ini, bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak (lebih 80%) dan bahan2 ini diimport.

Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya. Ayam daging ni, dedak2nya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan, dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.

Baka-baka ayam ini kebanyakannya baka2 import seperti COBB, ROSS, Indian River. Mereka bukan makan jagung manis cameron highland.

Mereka makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia. Bahan-bahan ni, kita bukan import sikit-sikit. Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport.

Adakah boleh kita hasilkan sebanyak tu? Boleh. Memang boleh.

Jadi bila bahan-bahan mentah ini naik harga, harga dedak meningkat dari RM80/50kg kepada RM120/50kg (meningkat lebih 50%). Bila meningkat, kos ternakan meningkat, dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.

Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30 tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak. Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan apabila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.

Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar. Jadi sebab itulah ayam kurang, tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup.

Kemudian, harga kawalan makin turun RM9.10, kemudian RM8.90 ada pula buat RM8… Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar.

Bukan anak ayam tiada atau bermasalah, tapi siapa yang nak ternak ayam bila rugi?

Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik

Kredit,
Yani Hardinata Hairuddin
Tokey Ayam Wak Akob

Baca:

Gara-gara simbah asid, wanita kekal dipenjara 16 tahun

Penyanyi ‘Apo Kono Eh Jang’ menghembuskan nafas terakhir kerana kanser

Jatuh dari tingkat 10, kanak-kanak 5 tahun gagal diselamatkan

Artikel ini disiarkan pada 13/02/2022

CATEGORIES