
Pengeluaran Khas KWSP : Boleh disemak di pautan ini bermula 9 April
Tarikh semakan status permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF boleh mula disemak pada 9 April 2022 ini.
Semakan boleh di buat secara atas talian melalui portal Pengeluaran Khas.
Untuk pengetahuan anda, setiap permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sahaja.
Anda tidak perlu untuk mengakses i-Akaun, mengunjungi mana-mana kios KWSP atau cawangan KWSP berhampiran
3 golongan ini saja yang layak
Hanya tiga golongan yang betul-betul layak dan dibenarkan untuk mohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Memetik petikan infografik terkini KWSP, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Di samping itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap atau penduduk tetap.
Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Artikel ini disiarkan pada 05/04/2022
[…] Pengeluaran Khas KWSP : Boleh disemak di pautan ini bermula 9 April […]