Pemandu ambulans dedah pengalaman dapat panggilan, bila pergi rumah kosong, tuan rumah meninggal 3 tahun lepas

Petugas ambulans bukan kerja mudah. Tugas sebagai frontliners ini sememangnya tidak mengira waktu siang ataupun malam. Di mana pesakit memerlukan mereka, di situlah mereka ada datang memberi perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bertugas di bidang perubatan, sudah semestinya tidak akan lari daripada pengalaman aneh dan mistik termasuklah menerima ‘panggilan’ misteri daripada pesakit yang tidak wujud.

Menerusi perkongsian di TikTok @medicalasiststant, dia telah bercerita mengenai pengalamannya pada tahun 2017, di mana dia berdepan dengan situasi misteri apabila mendapat panggilan kecemasan dari sebuah rumah pada jam 3.30 pagi.

Menurutnya, pesakit itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital telah menghantar ambulans ke sana.

“Saya mendapat panggilan pada pukul 3.30 pagi, menyatakan nama dan alamatnya mengatakan tidak sedarkan diri di rumah.

“Dalam 15 minit saya dan pemandu dan seorang lagi bergerak sampai ke rumah yang dialamatkan.

“Sesampainya saya ke rumah berkenaan, rumah gelap. Bagi-bagi salam tak menyahut-nyahut. Saya kemudian menelefon kembali ke klinik untuk menyemak alamat rumah. Semuanya betul,” katanya.

Pemandu ambulans dedah pengalaman dapat panggilan, bila pergi rumah kosong, tuan rumah meninggal 3 tahun lepas

“Tiba-tiba dengar bunyi burung hantu”

Berasa pelik dengan situasi yang dialami, frontliners ini kemudian menelefon nombor pesakit berkenaan, namun alangkah terkejutnya apabila dia mendapat nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan. Aikk ini sudah lain macam…

“Bila saya hubungi kembali nombor pesakit, tiada dalam perkhidmatan. Cemas rasanya. Sedang bercakap dengan pemandu, tiba-tiba dengar bunyi burung hantu dari atas bumbung rumah.

“Saya pandang pemandu, pemandu pandang saya… Lari berkecapuih balik (bergegas meninggalkan rumah itu),” ceritanya.

Katanya lagi, mereka kemudian memeriksa nama pesakit tersebut di klinik dan mendapati pesakit itu sudah meninggal dunia tiga tahun lalu. Adoi…

@medicalasiststant

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Hantu pun dah pandai scam ya

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang berasa seram serta meremang dengan situasi dialami frontliners tersebut.

Malah ada juga yang sempat berjenaka memberitahu bahawa frontliners tersebut sudah di ‘scam’ oleh hantu. Boleh pulak ye…

 

BACA LAGI : Aksi pemandu kereta lumba tanpa tangan curi tumpuan ramai

Artikel ini disiarkan pada 15/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)