Pemain ‘Lejen’ Liverpool sertai Kelab Thai, Port FC?

Kelab Thai League 1, Port FC dikhabarkan sedang berusaha untuk memikat bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge.

Menurut laporan sebuah portal berpengkalan di Thailand, Buaksib, pasukan yang terkenal dengan nama jolokan itu sanggup menawarkan Sturridge gaji bernilai jutaan ringgit untuk merealisasikan pemain itu beraksi di Thailand.

Baca Juga : JDT umum pemain ‘lejen’ bakal kembali sarung jersi?

Port FC dianggap sebagai salah sebuah kelab yang memiliki sumber kewangan yang kukuh di Thailand.

Kelab tersebut dimiliki oleh Muang Thai Insurance, dimana figura terkenal bola sepak Thailand, Nualphan Lamsam – turut dikenali sebagai Madam Pang – adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu.

Ini menjadikan Madam Pang sebagai pengerusi kelab yang berpengkalan di Bangkok itu.

Sturridge dipercayai mahu dibawa oleh Madam Pang untuk memperkuatkan Port FC untuk saingan Thai League 1 pada musim hadapan – setelah hanya menamatkan saingan musim 2021/22 di kedudukan ke-8 pada musim ini.

Kelab tersebut sudah pun merekrut beberapa nama besar dan pemain skuad kebangsaan Thailand sebelum ini seperti penjaga gol, Kawin Thamsatchanan, Elas Dollah, Charyl Chappuis, dan Adisak Kraisorn.

Usaha Port FC untuk mendapatkan Sturridge bukannya mustahil memandangkan pemain itu tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan kelab Perth Glory di Liga Australia pada tahun lalu.

Penampilan pemain itu bersama Perth Glory bagaimana pun hanya terhad kepada lima perlawanan sebagai pemain gantian dan kecederaan yang dialaminya sepanjang musim menjadi punca pemain itu gagal menampilkan prestasi yang diharapkan.

Penampilan bekas pemain Liverpool, Daniel sturridge bersama Perth Glory

Sekiranya benar laporan dari Thailand bahawa Port FC mahu mendapatkan Sturridge, maka ia dianggap sebagai satu perjudian besar oleh Madam Pang.

Baca Juga : 5 Faktor Aidil Sharin boleh ucap ‘bye bye’ pada Kedah?

Baca Juga : 3 pemain menyerlah dan ‘gagal’ era pemilik JDT, TMJ

Artikel ini disiarkan pada 09/05/2022

CATEGORIES