
Pemain bola sepak Brazil maut dimakan ikan piranha
TEMBAKAN bertubi-tubi daripada polis memaksa seorang pemain bola sepak Brazil terjun ke dalam sungai yang dipenuhi ikan piranha.
Keadaan itu mengakibatkan Luiz Henrique Coelho de Andrade, 21, maut akibat lemas kerana tidak dapat berenang selepas diserang ikan berkenaan.
Difahamkan, mayatnya hanya tinggal rangka bersama cebisan daging ketika dikeluarkan dari sungai berkenaan, pada Sabtu.
ARTIKEL MENARIK : Ular dalam pesawat, pilot terpaksa buat pendaratan cemas
Menurut ibunya, Leila Coelho, Luiz telah hilang dari Educandos, Manaus di utara Brazil, selama 11 jam ketika mayatnya ditemui.
Dia turut mendakwa, pegawai yang tidak dikenal pasti telah mengarahkan anaknya masuk ke dalam sungai, walaupun dia tidak boleh berenang malahan tembakan dilepaskan ke arahnya sekali gus memaksa dia berbuat demikian.
Tambahnya, penumpang sampan yang berada di kawasan berhampiran cuba membantu anaknya itu, namun polis mengugut mereka dan mengarahkan untuk berhenti.

Mayat pemain bola sepak Brazil setelah dimakan ikan piranha
ARTIKEL MENARIK : Adik 12 tahun ini mahir dengan rekabentuk dan model bangunan, buat ramai kagum
Bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa polis terbabit telah mengejar sekumpulan yang disyaki penjenayah pada masa itu dan Luiz hanya terjatuh ke dalam air ketika dia cuba melarikan diri. – Daily Star
ARTIKEL MANARIK : 497,000 jongkong emas tersimpan disini, kenali tempat simpan emas terbesar dunia
Artikel ini disiarkan pada 31/03/2022