Newcastle kini dimiliki konsortium kaya Arab Saudi, penyokong bersorak girang

Penyokong Newcastle bersorak di luar Stadium St James’ Park hari ini apabila konsortium kaya Arab Saudi sah mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris Inggeris (EPL) itu menerusi perjanjian 305 juta pound (RM1.73 bilion).

Public Investment Fund (PIF) mengetuai konsortium berkenaan bersama PCP Capital Partners dan RB Sports & Media, sekali gus menamatkan pemilikan 14 tahun Mike Ashley.

EPL akhirnya mengabaikan larangan BeIN Sports dari Qatar yang sebelum ini paling aktif menentang pemilikan tersebut kerana perbalahan politik antara Qatar dan Arab Saudi.

Newcastle kini dimilki konsortium kaya Arab Saudi, penyokong bersorak girang

LEGENDA kelab, Alan Shearer juga teruja dengan berita tersebut.

Sejurus selepas pembelian dimeterai, perkara yang dinanti-nantikan oleh penyokong The Magpies akhirnya menjadi kenyataan apabila kelab dikatakan bakal diberi dana 200 juta pound (RM1.13 bilion) untuk membina semula pasukan tanpa melanggar peraturan Financial Fair Play (FFF).

Pada ketika saingan Liga Perdana musim 2020/2021 sudah berjalan, peminat boleh menjangkakan pembelian pemain-pemain baharu secara besar-besaran mungkin dilakukan Newcastle pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pengambil alihan Newcastle itu menjadikan mereka kelab paling berharta di dunia kerana PIF dikatakan memiliki aset 250 bilion pound (RM1.42 trilion).

Newcastle kini dimilki konsortium kaya Arab Saudi, penyokong bersorak girang

PENYOKONG Newcastle bersorak di luar Stadium St James’ Park meraikan berita pengambil alihan kelab oleh pemilik baharu.

Apakah Newcastle bakal menjadi kelab sehebat Manchester City selepas diambil alih oleh hartawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour? Itulah yang diharapkan penyokong mereka ketika ini.

Kehadiran pemilik baharu adalah berita paling menggembirakan buat penyokong Newcastle ketika ini selepas melihat pasukan mereka mengharungi musim baharu EPL dengan buruk apabila menghuni tangga kedua tercorot dengan empat kekalahan dan tiga seri daripada tujuh perlawanan pertama musim ini.

BACA JUGA: Kenali 7 atlet yang sudah bergelar billionaire

Artikel ini disiarkan pada 08/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)