Netizen ‘korek’ Status FB Pensyarah Uitm yang tular mengherdik pelajar

Majoriti netizen turut sepakat menghentam tindakan seorang ahli akademik bergelar pensyarah yang tergamak memperlekeh mahasiswa hanya kerana tidak memiliki sebuah komputer.

Sejak video itu tular semalam, nama pensyarah Profesor Dr Ts Roshana Takim hangat menjadi sasaran hentaman netizen.

Semakan Kedahkini pada Rabu turut mendapati kata kunci Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan perkataan prof (profesor) trending di laman Twitter.

Media sosial rasmi UiTM juga turut menjadi lubuk kecaman netizen.

Di samping itu, Netizen turut dikorek semula dan tular perkongsian lama Facebook milik pensyarah wanita berkenaan.

Antara yang menarik tumpuan netizen adalah status Facebook pensyarah wanita itu pada 23 Mac 2020 lalu yang menzahirkan rasa kasihan kepada golongan tidak berkemampuan.

“Terkadang saya sensitif tengok rakan-rakan post gambar masakan pagi, petang dengan berbagai-bagai menu masa Covid-19.

Alahai kasihan mereka yang kurang berkemampuan,” tulisnya.

Luahan di Facebook itu bagaikan berlawanan dengan sikap yang ditunjukkan dalam video tular kali ini, yang mana dia memarahi pelajar kurang berkemampuan dari golongan B40 gara-gara tidak mempunyai komputer.

Artikel ini disiarkan pada 30/03/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis terhadap dokumen tiga muka surat mengenai laporan kronologi berhubung insiden […]