Mora tak rela Ariff Aiman tinggalkan JDT

Walaupun Ariff Aiman Hanapi sedang dipantau oleh pencari bakat dan ejen bola sepak serta bakal `dipinang’ kelab dari luar negara, tetapi pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tampak enggan melepaskan pemain sayap kanan JDT itu.

Baca Juga: Lima Kesan ‘Besar’ Pengunduran TMJ daripada JDT

Mora ketika ditemui secara eksklusif menegaskan secara peribadi beliau mahu Ariff Aiman kekal bersama JDT kerana pengalaman dan teknik permainannya masih belum mencukupi untuk didedahkan beraksi di luar negara selain pemain itu masih muda.

“Saya sebagai jurulatih pastinya tugas utama adalah untuk melatih dan membuat persiapan bukan sahaja kepada Ariff malah membabitkan semua pemain JDT untuk berada di tahap permainan yang mantap sepanjang aksi Liga Super.

“Namun semuanya bergantung kepada keputusan pengurusan JDT sama ada mahu dipinjamkan atau di jual kepada kelab luar negara yang berminat untuk menfapat khidmat Ariff Aiman. Tapi jika anda tanya saya, sejujurnya mahu Ariff Aiman bersama JDT.

“Saya berpandangan Ariff masih ada ruang untuk terus maju bersama JDT, lagipun dia baru 20 tahun dan masa dia akan tiba untuk beraksi di luar negara. Jadi untuk ketika ini biar dia di sini dan membantu JDT memenangi kejuaaraan liga dan selepas itu bergantung kepada keputusan pihak pengurusan,” katanya kepada Sukan NSTP.

Baru-baru ini menerusi laporan yang disiarkan hasil perkongsian di laman Twitter yang dimuat nauk oleh We Are Scouting, aksi licik Ariff Aiman dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bulan lalu dengan JDT dan Kelayakan Piala Asia 2023 bersama pasukan negara berjaya menambat hati beberapa ejen.

laman Twitter We Are Scouting telah mendedahkan info berkaitan dengan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu diintai 15 ejen dari Sepanyol

Dalam ciapan itu menyatakan pemain berbakat dari Malaysia yang berjaya menarik perhatian barisan scouting (pencari bakat) selepas beraksi cemerlang di peringkat kumpulan saingan ACL.

Mengulas mengenai kemenangan besar JDT membelasah kelab dari Singapura, Hougang United FC 8-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Mora menegaskan ia adalah aksi persiapan untuk berdepan Selangor FC di laman sendiri pada 24 Jun ini.

Baca Juga: 3 pemain menyerlah dan ‘gagal’ era pemilik JDT, TMJ

Katanya, beberapa pemain simpanan yang tersenarai pada aksi persahabatan itu bagi memastikan mereka mendapat minit permainan malah turut menggabungkan pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada perlawanan itu.

“Kami pilih pasukan dari Singapura yang mampu beri saingan apabila beraksi di padang dan apa yang saya lihat pemain JDT tampak konsisten dengan corak permainan tersusun tapi masih ada kelonggaran yang harus diperbaiki namun tidak serius,” kata Mora.

Kini Arif Aiman menjadi watak utama di dalam skuad kebangsaan kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gon dalam pentas Piala Asia 2023. Malah Arif turut menjadi watak utama di dalam kemenangan ketika 3-1 Malaysia ketika bertemu dengan Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Artikel ini disiarkan pada 11/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • Sophia 4 months

    Hi, i tһink that i saw you visіted my website so i came to “return the favor”.I am trying to find things to enhance my site!I suppose its
    ok to use a few of your ideas!!

    Feel free to visit my blog post – imitation