Menteri Pertanian lancar ayam goreng baru Bismi

ALOR SETAR, 25 Jan — Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Tuan Haji Mohammad Sabu membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat Ayam Bismi di Simpang Empat, Alor Setar, hari ini bersama delegasi kementerian berkenaan. Yang Berherhormat Menteri juga sempat melancarkan produk terbaru keluaran Ayam Bismi, Ayam Goreng Rangup Perisa Pedas, dalam satu majlis ringkas yang diaadakan sempena lawatan itu.

Ayam Goreng Rangup Perisa Pedas alias (Crispy Fried Chicken Hot&Spicy) dijual pada harga RM18.50 per pek, Berat Bersih :850 g

Bismi juga mengadakan promosi ayam proses segar dijual pada harga RM 6.98/kg, Promosi tersebut hanya berlangsung pada hari ini.

YB Menteri sempat menyantuni orang ramai yang menjamu selera di Rumah Makan Percuma (RMP) pada tengah hari tersebut.

Turut serta Pengurus Besar Mada, Kamarudin Bin dahuli , Ketua Setia Usaha Kementerian Pertanian, Dato Lokman Bin Ali, Adun Pangkalan Kundur, Dato’ Dr Ismail Bin salleh, Adun Kubang Rotan YB Asmirul Anuar Bin Aris.

 

Artikel ini disiarkan pada 25/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)