Mencari punca kebakaran Jakel, Anjing pengesan digerak

ANJING pengesan dari Unit K9 JBPM Selangor digerakkan untuk menyiasat kebakaran Jakel dekat Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor. – Gambar JBPM
SHAH ALAM: Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor digerakkan hari ini bagi menjalankan kerja siasatan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran Wisma Jakel, yang berlaku awal pagi tadi.
“Apabila api sudah padam sepenuhnya, barulah unit K9 boleh bertindak melakukan siasatan bagi mengenal pasti sekiranya wujud perbuatan khianat terhadap Wisma Jakel.
“Kita akan cuba siasat sama ada terdapat atau tidak bahan yang mempercepatkan api merebak, yang menyebabkan api merebak di keseluruhan bangunan ini,” katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal, anggotanya berjaya memadamkan api bangunan itu, namun terdapat api merebak ke stor penyimpanan barangan jualan yang menyimpan barang mudah terbakar seperti kain, baju, permaidani dan alatan jahitan di tingkat atas.
Jelas Norazam, stor tersebut begitu padat menyebabkan anggotanya sukar untuk menaiki tingkat atas Wisma Jakel dan hal ini mewujudkan risiko keselamatan terhadap anggotanya.
“Kita mengatur strategi dengan Aerial Ladder Platform (ALP), iaitu kita menggunakan mesin tangga yang terdapat pada beberapa jentera bomba bagi memadamkan kebakaran di tingkat atas.
BACA : Pelajar perempuan bawah 14 tahun ditampar jurulatih
“Berjaya dengan strategi ini, beberapa anggota kemudian masuk dari sebelah kiri dalam bangunan untuk melakukan pemadaman dari dalam dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 3 petang semalam,” ujarnya.
Katanya lagi, pihaknya menjangkakan laporan siasatan kebakaran hari ini dapat diperoleh dalam tempoh sebulan.
– UTUSAN
Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023
[…] Baca : Mencari punca kebakaran Jakel, Anjing pengesan digerak […]
Hi,
Are you still in business?
I found a few errors on your site.
Would you like me to send over a screenshot of those errors?
Regards
Jacob
(714) 500-7363