Kakitangan TNB Yang Dikhuatiri Lemas Ditemui.

BENTONG – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditemukan lemas pada Khamis selepas dihanyutkan arus di loji Semantan dekat Kampung Lengkong di sini pada Selasa.

Amiruddin Asyraf Mat Saman, 26, ditemukan terapung pada jam 10.28 pagi oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin dan anggota K9 bersama seekor anjing (Frankie) dengan anggaran jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, seramai 55 orang terdiri pelbagai agensi serta orang awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis.

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sekali gus menamatkan operasi tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, mangsa bersama seorang rakannya berusia 32 tahun sedang memancing di tempat kejadian sebelum secara tiba-tiba aras air loji naik meningkat dan mengalir deras.

Kedua-dua mangsa cuba menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas batu yang lebih tinggi namun Amiruddin gagal memanjat ke atas batu lebih besar dan terus dihanyutkan air deras.

Rakannya berjaya berdiri di atas sebuah batu besar tengah sungai lalu sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

Artikel ini disiarkan pada 04/08/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)