“Makcik Rosmah comeback”-[VIDEO]Arwind ‘React’ Ku Ikhlaskan Bikin Pecah Perut Netizen

Video parodi memang tengah trending sekarang ini lebih-lebih lagi kalau ia suatu topik yang tengah hangat diperkatakan Netizen.Ramai orang akan berlumba-lumba untuk hasilkan video parodi untuk tarik perhatian netizen tapi tak semuanya menarik.Betul tak?

Kalau korang tengok di Malaysia sendiri,artis yang selalu buat video parodi macam Jihan Muse, Danial Lawak Solo, Sepahtu, Bell Ngasri adalah antara yang terkenal dan video dorang ni selalu sangat orang repost kat sosial media.

Tipulah kalau korang tak kenal dengan TikTokers Arwind Kumar yang memang famous dengan video ‘reaction’ terhadap King Coco, Bobo Di Mana, Kertas SPM dan macam-macam lagilah.

Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ DSV yang masih hangat sekarang ni dah diparodikan ramai netizen dan TikTokers @aforarwind ni buat ‘comeback’ dengan buat reaction video setelah sekian lama tak buat.

 

@aforarwind

M.C.R REACTS TO KU IKHLASKAN – DSV 💋 (full video on YT https://youtu.be/qSO-IOU4c44)

♬ original sound – Arwind Kumar – Arwind Kumar

Dalam video yang telah mencecah 60k views ni, TikTokers tersebut react dekat setiap scene muzik video ‘Ku Ikhlaskan’ dengan sebut tentang outfit, mimik muka, makeup, lenggok DSV dan banyak lagilah. Apa yang menarik perhatian netizen tentang video ni adalah reaction Arwind ni yang memang kelakar habis. Min tengok pun berdekah tau!

 

“Makcik punya react x boleh tak over eh 😅😂” – Komen netizen

“Makcik reaction always winnnnnnnnnnn😂😂😂” – Komen netizen

Kebanyakan netizen di ruangan komen memang nampaknya pecah perut dan terhibur habis dengan makcik Rosmah ni. Min pun asyik gelak je tengok video ni tau!

 

 

Ada netizen cakap yang dorang dah lama tunggu makcik Rosmah ni buat reaction video lepas lama menyepi dan ada yang sampai kejang perut tahan gelak.

Final Komen Arwind

Sumber: TikTok

Lepasni apa agak-agak upcoming video yang makcik Rosmah ni akan buat kan? Tak sabarnya nak tunggu!

Artikel ini disiarkan pada 31/03/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)