Lima ‘wonderkid’ menyinar di Liga Super Malaysia 2022

Memasuki saingan ke-9 kejohanan Liga Super Malaysia 2022, kelibat ‘ubi muda’ kembali menjadi bualan peminat bola sepak tempatan.

Kebanyakan pasukan dilihat memberi peluang kepada pemain muda sekitar usia 18 hingga 24 tahun menjadi tonggak penting membarisi kesebelasan utama atau masuk sebagai pemain gantian.

Baca Juga : 7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’

Berikut merupakan lima pemain muda dalam saingan Liga Super yang menyinar memetik laporan dari Majoriti

Aliff Haiqal Lau

Pemain tengah berbakat yang berusia 22 tahun dan bermain di kelab Selangor FC ini mendapat durian runtuh apabila ketua jurulatih Selangor 2 merangkap Pengarah Teknikal ketika itu, Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior Selangor, tahun lalu.

Disebabkan itu, Aliff berpeluang melakukan debutnya bersama Red Giants ketika menentang UiTM FC dalam saingan Liga Super 2020.

Aliff melakukan debutnya bersama Red Giants dalam saingan Liga Super 2020. bersama Selangor FC

Musim ini, pemain lincah ini dikekalkan bersama skuad senior dan disebabkan oleh beberapa kecederaan pemain utama, Aliff diberikan peluang untuk bermula sebagai pemain kesebelasan utama ketika menentang Terengganu FC.

Dia juga masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Sri Pahang ketika aksi pertama Liga Super 2021 selain kekal mendapat kepercayaan Gergasi Merah musim ini.

Rahadiazli Rahalim

Penjaga gol yang berusia 22 tahun bermain di kelab Terengganu Fc dan berketinggian 1.92 meter ini mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan sejak melakukan debutnya ketika perlawanan menentang Perak pada aksi pertama Liga Super 2020.

Rahadi telah bermula sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak dua kali dan posisi No.1 Terengganu FC dilihat menjadi milik mutlaknya, pada musim ini.

RAHADIAZLI bekas penjaga gol Piala Belia Terengganu

Dan berdasarkan pemerhatian, persembahannya semakin menunjukkan peningkatan dan tampak lebih meyakinkan berbanding musim lalu meskipun sering diselubungi kecederaan.

Adib Raop

Anak jati kelahiran Bagan Datuk, Perak ini merupakan seorang lagi pemain muda yang harus diberikan perhatian.

Adib telah melakukan debutnya bersama skuad senior pada musim lepas, dan dijangka pemain tengah ini bakal mendapat lebih banyak peluang musim ini.

Adib Raop (kiri) seorang lagi pemain muda yang harus diberikan perhatian.

Ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini, Adib dimasukkan oleh Chong Yee Fatt untuk menggantikan J. Partiban.

Ariff Aiman

Wonderkid paling menyerlah, Ariff Aiman Hanapi menyertai skuad utama JDT dengan membuat penampilan sulung dalam pasukan seniornya itu pada Mac 2020 ketika berusia 17 tahun 10 bulan.

Di kala pemain seusia dengannya sedang bergiat bersaing di Piala Presiden atau Piala Belia, Arif ketika itu sudah mampu bersama dengan kelab terbaik Malaysia.

Wonderkid paling menyerlah, Ariff Aiman Hanapi berjaya bantu JDT menewaskan Ulsan Hyundai bulan lalu

Ketika anugerah bola sepak kebangsaan 2021 (ABK2021), beliau dipilih sebagai pemain Paling Bernilai (MVP), penyerang terbaik dan pemain muda terbaik pada edisi berkenaan,

Beliau menjadi pemain termuda dalam sejarah anugerah itu yang memenangi gelaran MVP iaitu di usia 19 tahun, selain rakan sepasukan, Safawi Rasid yang merangkulnya ketika umur 21 tahun (2018).

Fairuz Zakaria

Pada jendela perpindahan lalu, Kedah Darul Aman mengambil keputusan untuk melepaskan bek kiri, Alif Yusof.

Justeru, sebelum bermulanya musim ini, Aidil Sharin Sahak membuat keputusan untuk menandatangani khidmat bekas pemain Piala Presiden Kedah, Fairuz Zakaria yang berusia 25 tahun.

Ketika perlawanan Piala Sumbangsih, Fairuz (kanan) diberikan debut dalam saingan liga domestik

Ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2021, Fairuz turut diberikan peluang membuat debut dalam saingan domestik.

Dalam perlawanan tersebut, walaupun terpaksa mengekang duo JDT iaitu Safawi Rasid dan Arif Aiman, Fairuz kelihatan yakin dan mampu menyerap asakan. Musim ini, dia telah bermula sebagai kesebelasan utama Sang Kenari sebanyak dua kali.

Baca Juga: Penyokong tidak setuju Gonzalo Cabrera dinaturalisasikan?

Baca Juga: JDT umum pemain ‘lejen’ bakal kembali sarung jersi?

Artikel ini disiarkan pada 15/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga : Lima ‘wonderkid’ menyinar di Liga Super Malaysia 2022 […]