Lelaki kedekut punca ramai isteri murung

Lelaki kedekut punca ramai isteri murung

Sikap kedekut boleh menjadi punca keruntuuhan rumah tangga. Kegagalan suami memberi nafkah belanja harian kepada isteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi punca utama ramai dalam kalangan wanita menghidap kemurungan yang melampau sehingga mengambil keputusan mengorbankan rumah tangga yang dibina.

Perkara tersebut didedahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) selepas meneliti punca permohonan perceraian fasakh yang dikendalikan persatuan sepanjang tempoh berkenaan iaitu sejumlah 71.4 peratus diikuti permohonan cerai ta’liq (21.4 peratus) dan nafkah anak (7.2 peratus).

Lelaki kedekut punca ramai isteri murung

71.4 peratus punca permohonan perceraian fasakh yang dikendalikan Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) adalah daripada masalah kewangan

Presiden PPST, Fazrul Anuar Yusof berkata, setiap kali individu datang meminta rujukan dan bantuan daripada pihaknya, alasan diberikan adalah sama, tidak sanggup meneruskan kehidupan dengan suami kedekut.

“Mereka memaklumkan suami sangat berkira untuk menghulurkan wang belanja harian sekali gus keadaan ini menyebabkan mereka tertekan.

“Mereka mendakwa jika tidak dikawal boleh jadi ‘gila’ disebabkan kemurungan melampau kerana isu kewangan, jadi untuk mengatasi masalah ini, mereka mengambil keputusan memohon perceraian kerana tidak dapat teruskan hidup bersama pasangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Fazrul, selepas menerima aduan dan permohonan perceraian individu berkenaan, pihaknya akan memanggil pasangan masing-masing untuk mendengar alasan bagi membantu ‘menyelamatkan’ rumah tangga mereka tetapi majoriti yang datang memang sudah nekad untuk berpisah.

“Kebanyakan lelaki memberi alasan kenapa terpaksa bersikap ‘kedekut’ dengan pasangan masing-masing adalah disebabkan tak ada wang kerana tidak boleh bekerja sepanjang tempoh tersebut.

“Namun masalah sedemikian tidak boleh dijadikan alasan sepenuhnya. Mereka perlu berusaha mencari sumber kewangan walau dalam apa jua keadaan, kerana tanggungjawab memberi nafkah adalah wajib bagi setiap suami,” jelasnya.

BACA JUGA : Panas!!! Isteri Shuk muat naik lirik lagu ‘Anugerah penipu terhebat jatuh kepada…”, sudah unfollow Shuk

Artikel ini disiarkan pada 13/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)