Kota Bharu, Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran

Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumah didiaminya hangus terbakar dalam kejadian di Kampung, Huda dekat Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafei, berkata mangsa, Mohd Imeran bin Jusoh, 46, ditemukan di dalam bilik tidur oleh anggota bomba selepas berjaya memadamkan kebakaran itu yang mengambil masa selama 30 minit.

“Pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam1.04 tengah hari dan tiba di lokasi kebakaran 12 minit kemudian bersama empat buah jentera dan 14 pegawai serta anggota bomba.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Logo PNG Vector (AI ...

“Setibanya pasukan bomba di lokasi didapati sebuah rumah separa kekal terbakar 90 peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Zukeri berkata mangsa difahamkan ketika kejadian sedang demam dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta jumlah kerugian.

BERNAMA

Baca juga : https://www.hotstuffmalaysia.com/peralihan-ke-subsidi-bersasar-bukan-lagi-pilihan-pengguna-elektrik/

Artikel ini disiarkan pada 19/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)