Kisah orang pertama berjaya sampai ke dasar telaga neraka di Yaman

Kisah orang pertama berjaya sampai ke dasar telaga neraka di Yaman.Yaman tidak pernah jemu dengan krisis kedaulatan. Rakyat negara ini terpaksa berdepan satu demi satu dalam liku politik yang tidak kesudahan bergelut sesama sendiri.

Pergolakan ini tidak menjadi penghalang buat sekumpulan penjelajah gua daripada negara jiran iaitu Oman. Mereka tidak membawa sebarang muslihat persengketaan, cuma niat untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik sesuatu
misteri.

Begini. Yaman amat terkenal atas banyak sebab. Antaranya adalah sebuah lubang benam (sink hole) digelar Telaga Neraka, yang terletak di Al-Mahara berhampiran dengan sempadan Oman. Nama sebenarnya adalah Telaga Barhout. Tetapi ia disulam dengan naratif neraka kerana sangat dalam.

Berzaman orang ramai percaya yang lubang benam ini dihuni jin. Ada yang percaya lubang ini mampu meηelαη sesiapa saja yang menghampiri. Mentaliti mereka nampaknya sama juga dengan semua orang Melayu yang
sangka rangka manusia prasejarah adalah tulang jin. Sikit-sikit jin. Jadi sekumpulan warga Oman daripada Omani Caves Exploration Team (OCET) ingin membuktikan kebenaran secara saintifik.

Mereka datang membawa peralatan bersistem takal (pulley system). Lapan akan turun, sementara dua lagi tunggu di tebing untuk memantau. Walaupun berasal daripada Oman, kumpulan saintis ini mempunyai pemikiran
kebangsaan.

Mereka ingin kaji apa yang ada pada dasar lubang benam ini. Kerana mereka percaya rahsia di dasar akan mendedahkan sejarah sebenar Yaman.

Maka pada 15 September 2021, mereka mula turun dalam Telaga Barhout siap dengan kamera untuk merakam pengalaman dan permandangan. Sudah pastinya, mereka tidak percaya perihal jin.

Mesti ada penjelasan saintifik punya. Yang betul-betul menimbulkan tanda tanya adalah teori gunung berapi. Ada yang cakap Telaga Barhout adalah muncung sebuah gunung berapi besar, yang “serombongnya” terbenam dalam tanah. Katanya ada bau yang busuk daripada telaga ini. Semua benda pasa Telaga Barhout benar-benar merangsangkan minat OCET.

Mereka mahu merungkaikan misteri ini. Kalau jumpa jin pun elok juga; dapat pau satu dua ethereum mesti sedap habis. Jadi mereka turun dengan penuh semangat. Cuma sayang sekali, seekor jin pun tidak menjelma.

Yang datang hanya ular. Telaga Barhout didapati penuh dengan permukaan tidak rata dan bertimbul-timbulan. Ada timbulan batu setinggi sembilan meter.

OCET mendapati telaga ini ada air terjun yang bersiraman daripada permukaan batu. Apabila ada air, mesti ada haiwan. Selain daripada ular, mereka jumpa katak dan kumbang. Bαηgkαi burung pun ada. Bahan bualan orang tempatan pasal bau busuk barangkali datang daripada bαηgkai yang
terjatuh.

Kandungan oksigen di dasar didapati sangat berkurangan tanpa sebarang pengudaraan (AFP, 2021).

Pasukan OCET ini pula mengambil sampel air, batu dan tanah (tidak lupa juga bαηgkai burung) untuk tujuan penyelidikan (Danielle, 2021). Dan dapatan mereka akan diceritakan dalam satu laporan khas, percuma untuk semua nanti. Mungkin nanti dah keluar keputusannya, kita boleh kaitkan dengan

hadis Nabi:
“Dan seburuk-buruk air di atas muka bumi ialah air pada lembah Barhut berdekatan Hadhramaut (Yaman).” Apa agaknya isi kandungan air di sini ya?

Kisah

Agama adalah suatu wadah yang benar. Tetapi mulut orang kadangkala boleh memintalkan unsur agama hingga terjerumus dalam lembah kesesatan.

Bukan agama yang bermasalah – sebaliknya kerenah orang terutamanya buah mulut tiada siapa boleh kenal pasti asal-usul.
Melalui landasan sains, Telaga Barhout terbukti tiada jin.

– Patriot

Menarik: [Video] Air terjun dengan api misteri dirakam dalam Google Earth, rupanya tempat itu betul-betul wujud

Artikel ini disiarkan pada 07/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)