Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983 yang masih menjadi  tanda tanya. Anak perempuan kepada seorang pegawai rasmi Vatican City kali terakhir dilihat selepas menghadiri kelas muzik di Rom. Emanuela Orlandi yang pada ketika itu berusia 15 tahun, hilang dan tidak lagi ditemui sejak 22 Jun 1983.

Teori-teori yang menyelubungi kehilangan Orlandi telah melihatkan orang ramai menuding jadi mencari pesalah, daripada Gereja Katolik kepada Mafia hinggalah kepada kumpulan fasis di Turki.

Dan walaupun misteri ini tidak pernah diselesaikan dan mayat Emanuela masih belum dijumpai, kes itu telah mendapat perhatian semula baru-baru ini akibat oleh penemuan bukti yang baru.

Penemuan tulang-tulang yang ditemui di Vatican City pada tahun 2019 dipercayai milik Emanuela seolah-oleh hampir menyelesaikan kes ini buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada 35 tahun.

Akan tetapi, harapan pihak penyiasat sekali lagi musnah. Tulang-belulang itu terbukti bukan milik Emanuela. Kehilangannya masih kekal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

 

Kehilangan Emanuela Orlandi

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Emanuela Orlandi hilang selepas menghadiri kelas muzik di Vatican City

“Kami sangkakan kami berada di tempat yang paling selamat di dunia,” ujar abang Emanuela Orlandi iaitu Pietro, memberi pandangan tentang kehidupan mereka ketika membesar di Vatican City.

Dan walaupun mereka tinggal di sebuah komuniti yang kecil di mana bapa mereka merupakan seorang pegawai berkuasa besar, kawasan kejiranan mereka terbukti tidak selamat pada 22 Jun 1983.

Emanuela menjalani sesi latihan seruling sebanyak 3 kali seminggu di sebuah sekolah muzik tempatan dan itulah apa yang dia lakukan pada hari kejadian.

Pada hari kejadian, dia ke kelas seruling dan menelefon kakaknya selepas itu. Namun, Emanuela tidak pulang ke rumah. Panggilan telefon yang diterima kakaknya itu adalah perbualan kali terakhir dengan Emanuela.

Emanuela diisytiharkan secara rasmi sebagai orang yang hilang pada hari berikutnya dan siasatan dijalankan dengan segera sebaik sahaja mendapat beberapa petunjuk.

Dua klu khas, satu pada 25 Jun dan satu lagi pada 28 Jun, seolah-olah dapat membawa penyiasat ke arah yang betul.

Pemanggil pertama yang merujuk dirinya sebagai “Pierluigi”, berkata bahawa dia ternampak Emanuela di Rom pada hari berkenaan. Pierluigi juga memberikan maklumat tentang seruling dan pakaian Emanuela, membuatkan para penyiasat percaya bahawa dia bercakap benar.

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Gambar Emanuela Orlandi kira-kira sedekad sebelum kehilangannya pada tahun 1983

Pierluigi menambah bahawa gadis itu menggelarkan dirinya sebagai “Barbarella” dan melarikan diri dari rumah untuk menjual produk Avon, yang mana sesuatu yang diberitahu oleh Emanuela kepada kakaknya sebelum hilang.

Pemanggil kedua iaitu pada 28 Jun, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia juga telah bertemu dengan seorang gadis yang sama bernama “Barbara” yang lari dari rumah.

Lelaki ini mendakwa ternampak gadis tersebut di sebuah bar berdekatan dengan sekolah muzik berkenaan, membuatkan mereka percaya dengan ceritanya.

Namun kemudian, lelaki kedua ini mula bercakap tentang satu konspirasi melibatkan kumpulan pengganas Turki yang dikenali sebagai Grey Wolves dan rancangan mereka untuk menculik Emanuela sebagai tebusan kepada ahli mereka yang telah dipenjarakan kerana menembak pope dua tahun yang lalu.

Ini membuatkan pihak berkuasa beranggapan bahawa kes ini bukan sekadar seorang gadis yang cuba untuk melarikan diri dari rumah.

 

Tulang-tulang di Vatican City 

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Sepanjang hampir empat dekad sejak Emanuela Orlandi hilang, pihak berkuasa telah mengikuti petunjuk yang tidak terhitung banyaknya dan menganalisis maklumat yang diterima dengan harapan dapat menyelesaikan misteri ini.

Dan mungkin tiada maklumat yang lebih menarik berbanding sepucuk surat pada tahun 2019 yang mendakwa dapat mendedahkan di mana mayat Emanuela.

Peguam keluarga Orlandi iaitu Laura Sgro menerima satu nota yang sangat tidak menyenangkan pada tahun 2019 yang mengandungi gambar makam di bawah Vatican City dan arahan untuk “mencari lokasi yang ditunjukkan”, yang merujuk kepada gambar Malaikat Marmar menjaga kubur itu.

Maklumat itu telah menarik perhatian pegawai-pegawai tertinggi Vatican City, dengan jurucakap Alessandro Gisotti turun padang untuk memberitahu situasi terkini secara diplomatik.

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Orang ramai mengambil bahagian dalam memperingati kehilangan Emanuela Orlandi

Apa yang membuatkan maklumat ini tersangat menarik adalah ujian saintifik terhadap makam itu berikutan penerimaan surat itu, mencadangkan bahawa makam itu telah dibuka sekurang-kurangnya sekali pada ketika itu, cukup untuk menyimpan mayat Emanuela di dalamnya.

Tambahan pula, dalam surat kepada Vatican City, Sgro mengatakan bahawa dia telah dapat “mengesahkan bahawa sesetengah orang tahu terdapat peluang untuk mayat Emanuela Orlandi disembunyikan di dalamnya [makam].”

Juga terdapat bukti tambahan bahawa pelawat yang tidak dikenali telah melawat makam ini dengan kerap, melihatkan pada bunga-bunga yang ada di tapak tersebut.

Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa makam itu dan melihat sama ada mayat Emanuela Orlandi benar-benar ada di dalamnya.

 

Penyiasatan ke atas makam Vatican City

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Usaha mencari mayat Emanuela Orlandi

Apabila surat tersebut muncul pada tahun 2019, ia bukanlah kali pertama harapan diberikan kepada keluarga Orlandi. Sebelum ini, keluarga Orlandi dikejutkan apabila pihak berkuasa Vatican City menemui mayat manusia pada Oktober 2018.

Namun, mereka kecewa kerana mayat tersebut rupa-rupanya adalah mangsa yang tidak berkenaan.

Malangnya, perkara yang sama berlaku lagi pada Julai 2019 apabila pemeriksaan ke atas makam itu menunjukkan tiada mayat di dalamnya.

Bagi keluarga Orlandi, yang telah mencari mayat anak mereka dengan dedikasi dan kesabaran hampir 4 dekad, ia merupakan satu berita yang tersangat sedih.

Pietro Orlandi berkata bahawa sebahagian daripada dirinya berasakan lega bahawa Emanuela tidak berada di situ.

Kisah kehilangan misteri Emanuela Orlandi di Vatican City pada tahun 1983

Pietro Orlandi, abang Emanuela Orlandi sentiasa berusaha mencari adiknya yang hilang sehingga kini. Gambar ketika Pietro memperingati adiknya pada hari kelahiran Emanuela di Vatican City

Dan walaupun tiada apa yang ditemui, tindakan Vatican City menunjukkan perubahan hati secara tiba-tiba dari segi kerjasama mereka dalam perkara ini, perlu diberikan pujian.

Pietro Orlandi berkata dia telah berkali-kali meminta Vatican City untuk membantu dalam mencari adiknya yang hilang dan “terkejut” apabila mereka akhirnya bersetuju dengan permintaannya.

“Untuk kali pertama dalam 36 tahun, Vatican City melakukan sesuatu yang penting dalam kes ini,” kata Pietro.

Pietro juga menjelaskan bahawa apabila dia meminta bantuan daripada Pope Francis pada tahun 2013, dia hanya diberitahu bahawa adiknya itu berada di “syurga”, itu sahaja.

Lebih menarik, Pietro membuat spekulasi bahawa keengganan Vatican City untuk membantu dalam kes ini kelihatan seperti satu pengakuan bahawa terdapat kemungkinan pihak dalaman Vatican City terlibat.

Dan walaupun mendapat bantuan VaticanCity, kes kehilangan Emanuela Orlandi sekali lagi gagal dirungkai dan terus menjadi misteri.

kehilangan

Keluarga Emanuela Orlandi bersama Pope John Paul II

 

BACA JUGA : [Video] Ini enam lokasi mistik dan seram yang ada di Malaysia

Artikel ini disiarkan pada 08/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)