Kes baharu Covid-19 sebanyak 571 direkodkan

Kuala Lumpur: Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini kekal 571 kes dengan empat daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menerusi data yang dikongsikan dalam laman sesawang KKMNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus berkenaan di negara ini meningkat kepada 5,029,908 kes.

Setakat semalam, jumlah kes jangkitan dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 11,431 kes.

Daripada jumlah itu, sejumlah 94.6 peratus atau 10,812 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

 

Baca: Perketat pemeriksaan ke atas pelancong asing, Covid-19

Kadar penggunaan katil ICU kini di paras 66.3 peratus.

Bagi angka korban akibat Covid-19 di negara ini, terdapat empat kes dicatatkan semalam iaitu masing-masing satu kes di Kedah, Perak. Sabah dan Selangor.

Sehingga kini jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini adalah 44,731 kes, termasuk 7,857 kes yang dilaporkan di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sebanyak 551 kes pula dilaporkan sudah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,981,603 kes.

Artikel ini disiarkan pada 08/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)