Kerana enggan divaksin, bekas tentera gagal batal keputusan dipecat

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, menolak permohonan semakan kehakiman oleh seorang bekas sarjan tentera terhadap keputusan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menamatkan perkhidmatannya kerana tidak mengambil vaksin Covid-19, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian selepas mendapati TDM telah mewajibkan pengambilan vaksin terhadap anggotanya termasuk pemohon, Wan Ramli Wan Seman, adalah wajar.

Pada 27 September 2021, seorang bekas sarjan tentera yang diberhentikan perkhidmatannya selepas menolak vaksinasi Covid-19, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Tentera Darat Malaysia (TDM) itu.

BACA : Subsidi Haji dikekalkan atau hapus – Nik Mohd Hasyudeen

Wan Ramli yang pernah bertugas di batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Rasah, Negeri Sembilan, menamakan Leftenan Kolonel Sharull Hesham Md Yasin; Leftenan Mohamad Azammunir Mohd Ashri; Panglima TDM, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Sharull merupakan pegawai memerintah Kem Rasah sementara Azammunir didakwa merupakan pegawai yang menandatangani surat pemberhentian itu.

Mereka dianggap berada di bawah pengawasan, kawalan, arahan dan undang-undang serta pentadbiran dasar dari tiga responden yang lain.

Wan Ramli meminta pengisytiharan bahawa surat pemberhentian bertarikh 4 Ogos 2021, serta penamatan perkhidmatannya adalah tidak sah.

Menurut kertas kausa, Wan Ramli mendakwa bahawa pada 3 Julai 2021, dia mendapat arahan di sebuah klinik kesihatan untuk mengambil vaksin Covid-19.

Namun, dia tidak berbuat demikian dan menggunakan hak perlembagaannya agar tidak mengambil vaksin.

Wan Ramli ketika itu mendakwa bahawa, dia disoal siasat pada 5, 6 dan 9 Julai 2021, dan mendakwa telah ‘diletakkan bawah tekanan luar biasa dan dimarahi oleh beberapa petugas kerana menolak diberi vaksin’.

Sehari kemudian, dia berkata telah diadili oleh Sharull dan didakwa bawah empat peruntukan Akta Angkatan Tentera 1972, iaitu kerana tidak mematuhi perintah untuk diberi vaksin; menggunakan bahasa yang mengancam atau tidak sesuai dengan pegawai atasan; tidak mematuhi perintah tetap; dan melakukan prasangka terhadap ketertiban dan tatatertib yang baik.

Dia mendakwa Sharull menolak permintaannya untuk diadili, yang menurutnya merupakan pelanggaran serius terhadap keadilan dan didakwa menghilangkan mata pencariannya yang dilindungi di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Wan Ramli berpendapat bahawa dia hanya mengatakan “Saya masih tidak setuju untuk diberi vaksin”, yang menurutnya tidak mengancam atau merupakan bahasa yang tidak wajar.

Dia juga berkata bahawa dia memiliki hak untuk menolak vaksinasi.

Bekas sarjan itu diberitahu telah pemberhentiannya berkuat kuasa pada 26 Ogos 2021, jauh lebih awal daripada pemberhentian sepatutnya, pada 20 Januari 2023.

Sinarharian

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • InessamnPt 7 days

    coursework plagiarism
    [url=”https://brainycoursework.com”]coursework masters[/url]
    coursework only degree