Kenali Khaby Lame : Raih 36.5 juta ‘Followers’, tular dengan video tanpa suara

Khabane Lame, atau lebih dikenali sebagai Khaby berasal daripada Senegal namun mendapat kewarganegaraan Itali dan tinggal di Chivasso, di wilayah Turin. Dia telah menjadi fenomena semasa yang terhangat di aplikasi TikTok.

Dengan lebih 34 juta pengikut, lelaki berusia 21 tahun itu juga turut menjadi warga Itali yang paling ramai pengikut di sosial media. Ini kerana, video-video yang dimuat naiknya kebanyakannya mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia.

Kenali Khaby Lame : Raih 36.5 juta 'Followers', tular dengan video tanpa suara

Formula yang digunakannya mudah sahaja, tanpa perlu mengeluarkan apa-apa perkataan, Lame hanya memberikan reaksi terhadap tutorial yang leceh , yang mengajar sesuatu kaedah yang sebenarnya mudah sahaja, namun dirumitkan.

Salah satu contoh yang dapat dilihat adalah, videonya yang menunjukkan seseorang mengupas pisang dengan menggunakan pisau. Video tersebut adalah antara videonya yang paling mendapat sambutan. Ianya dilaporkan telah ditonton lebih 204 juta kali.

@khaby.lameIg:@khaby00♬ suono originale – Khabane lame

Dalam videonya, Khabane biasanya tidak bercakap, ianya berkemungkinan antara salah satu faktor punca kejayaannya. Ini kerana, wajah dan mulutnya yang menunjukkan ekspresi terhadap tutorial dalam videonya telah membuatkan ramai orang terhibur.

Tambahan pula, kerana tidak menggunakan bahasa lisan, dia juga turut lebih mudah untuk difahami oleh penonton daripada seluruh dunia.

@khaby.lameKhabynho du Brazil 🇧🇷🤣Ritenta bro sarai più fortunato- Try again bro you be luckier next time.😜 #learnfromkhaby♬ suono originale – Khabane lame

Namun, akaun TikTok lelaki tersebut bukanlah bermula dengan apa yang dibuat olehnya sekarang. Dia juga pernah membuat video-video yang dianggap normal dan standard. Di antaranya ialah, video voiceover dan beberapa video parodi.

@khaby.lame♬ Woah (feat. D3Mstreet) – KRYPTO9095

Bahkan kini, videonya tak hanya terdiri daripada reaksi terhadap tutorial, walaupun ianya adalah yang paling berjaya, dan sebelum ianya menjadi tular dan terkenal di seluruh dunia, lelaki itu sebelumnya telah pun berjaya dan dikenali di peringkat domestik.

Sebelum video pisang itu juga, lelaki tersebut sudah pun mempunyai 3 juta pengikut di akaun sosial medianya. Video reaksinya terhadap tutorial itu telah membuatkan dirinya dikenali dan tersenarai dalam top 100 TikTok di seluruh dunia.

Walaupun video-videonya semua berjaya dan banyak mendapat sambutan, Khabane Lame belum lagi mahu memberikan fokus sepenuhnya dalam menjadikan videonya sebagai sumber pendapatan utamanya. Namun, menurutnya, inilah yang ingin dilakukannya buat masa sekarang.

“Ianya adalah harapan terbesar saya, saya telah pun memikirkan beberapa projek yang ingin saya lakukan”, katanya dalan wawancara dengan Courier area of Sera.

Pemuda itu juga berhasrat untuk menolong ibu bapanya, yang berhijrah ke Itali ketika dia baru sahaja berusia satu tahun. Menurutnya, ramai orang sering berasa malu untuk mengakui bahawa mereka tinggal di lokasi itu, tetapi Khabane menyatakan bahawa dia tidak langsung mempunyai perasaan itu.

“Perumahan awam adalah tempat di mana saya banyak berhutang segalanya. Ianya memberikan saya pendidikan dan membolehkan saya membina banyak ikatan,” katanya.

@khaby.lameNon c’è bisogno di Didascalia😅——No Caption Needed.😅 #learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok #nocaptionneeded♬ suono originale – Khabane lame

Lelaki itu telah melangkau dengan lebih jauh dari yang dia jangkakan ketika dia mencipta akaun TikToknya itu pada setahun yang lalu sebagai cara untuk menghilangkan kebosanan bagi menuruti perintah berkurung yang dilaksanakan negaranya. “Ibu bapa saya tidak jangka pun semua ini dan berasa gembira. Saya harap saya boleh terus kekal begini”, ujarnya.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/05/05/lebih-36-5-juta-followers-kenali-khaby-lame-pemuda-21-tahun-tular-dengan-video-tanpa-keluarkan-suara/

BACA JUGA : Usaha bawa balik Sajat sukar, ada pihak ketiga campurtangan

Artikel ini disiarkan pada 06/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)