Kecoh anak KJ disuntik ‘angin’, jururawat tampil beri penjelasan

Kecoh anak KJ disuntik ‘angin’, jururawat tampil beri penjelasan. JURURAWAT yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menyangkal dakwaan bahawa dia menyuntik ‘angin’ kepada Raif.

Dalam satu muat naik di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat yang tidak didedahkan namanya itu memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan perkara tersebut.

“Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.

“Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.

“Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang saya cucuk vaksin.

Kecoh anak KJ disuntik 'angin', jururawat tampil beri penjelasan

“Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu perkara yang mentraumakan mereka.

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya pada Rabu.

Raif yang berusia enam tahun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lepas.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan Raif yang disuntik vaksin COVID-19 oleh jururawat berkenaan dengan kapsyen dakwaan dos tersebut dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan anak Menteri Kesihatan itu.

Khairy turut membidas dakwaan tersebut sebagai fitnah dan memberi amaran kepada golongan antivaksin agar tidak menganggu ibu bapa yang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

BACA LAgi : Baru je nak buat challenge tiktok, gadis terjatuh ke belakang tembok

2 tahun digelar mandul, akhirnya wanita ini umum saat bahagia disaksikan 1.9 juta penonton

Merbahayakah tidur dalam kereta? Ini yang perlu anda ketahui

Artikel ini disiarkan pada 16/02/2022

CATEGORIES