KDA FC beri perhatian pasukan B23 hadapi Liga Malaysia

KEDAH Darul Aman (KDA) FC giat mempersiapkan pasukan Liga Simpanan Bawah 23 tahun (B23) sebagai sokongan kepada skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.

Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengakui gembira dengan perkembangan pasukan sokongan itu yang menunjukkan kemahiran dan keyakinan yang baik selepas berlatih bersama sejak tiga minggu lalu.

“Inilah kali pertama KDA FC mempunyai pasukan kedua untuk menyokong pasukan utama. Beberapa negeri dan kelab sudah ada pasukan kedua.

“Lantas, mereka mempunyai bilangan pemain antarabangsa yang mencukupi untuk mengganti pemain utama yang cedera atau dilayangkan kad.

“KDA FC tidak ada semua ini. Aras padang permainan di tahun-tahun lepas tak sama. Jarang sekali di tahun lepas KDA FC mempunyai lima pemain import bermain atas padang serentak,” katanya yang dipetik melalui Facebook rasmi beliau pada Ahad.

Mohd Daud juga sempat menyaksikan perlawanan pemanas badan antara pasukan utama kendalian Nafuzi Zain Dan Skuad B23 Sang Kenari yang dilatih oleh Rosle Md Derus pada Jumaat lalu.

Ujarnya, pemain pasukan utama belum bersedia dari segi kecergasan kerana baru bersama beberapa hari seperti Manuel Ott dan Alan Robertson baru turun berlatih.

“Seorang pemimpin adalah seorang yang peka dengan sekeliling. Saya belajar sesuatu dari Coach Nafuzi. Beliau minta permainan hanya 70 minit sahaja bukan 90 minit. Pemain pasukan utama belum bersedia dari segi kecergasan. Hebat bacaannya.

“Kedua-dua pasukan bermain laju. Di separuh masa pertama saya duduk dengan pasukan B23. Betul kata Jurulatih, mereka main dengan lebih laju Dan pantas.

“Mereka ingin menang. Tapi nampak sedikit rasa hormat mereka kepada pasukan utama. Ini tidak elok. Atas padang, lawan habis-habisan,” katanya lagi.

Pemain Bola paling mahal di Malaysia

Artikel ini disiarkan pada 08/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca: KDA FC beri perhatian pasukan B23 hadapi Liga Malaysia […]