Kawalan harga barang dikaji semula dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Mekanisme kawalan harga barangan dan penetapan harga siling akan dikaji semula dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Memang kami akan kaji semula dalam masa terdekat, sebab dah setahun (penetapan harga maksimum),” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2023 di sini pada Selasa.

Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia baru-baru ini mengutarakan pendapat agar kerajaan menilai semula mekanisme kawalan harga yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan mengakibatkan barangan terkawal seperti telur, gula dan minyak masak selalu kekurangan dalam pasaran.

Persatuan itu turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan mengenai harga apungan mengikut pasaran, tetapi menyediakan kupon pembelian atau diskaun kepada golongan sasar.

 

Mengenai inisiatif ‘Payung Rahmah’ yang meliputi program Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup, Salahuddin berkata KPDN akan memfokuskan pelaksanaannya kepada golongan miskin tegar.

Menurutnya, data Jabatan Perangkaan setakat 31 Disember 2022 menunjukkan terdapat 130,000 Ketua Isi Rumah miskin dalam negara.

 

Dalam perkembangan lain, beliau menafikan bahawa tiada minyak masak paket di pasaran seperti yang didakwa sesetengah pihak, namun menjamin pegawai KPDN akan bertindak segera sekiranya ada aduan spesifik mengenai ketiadaan bekalan tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Salahuddin turut mengumumkan beberapa tawaran antaranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memberi pengurangan kompaun 90 peratus dari nilai asal kompaun ke atas syarikat yang berstatus ‘dissolved’ di bawah Akta Syarikat 1965.

SSM juga akan meneruskan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 2016, katanya.

BERNAMA /   Sinar Harian

Artikel ini disiarkan pada 10/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] BACA : Kawalan harga barang dikaji semula dalam masa terdekat […]

  • InessamnPt 5 days

    coursework support
    [url=”https://brainycoursework.com”]coursework paper[/url]
    online coursework