
Kami tetap bangga sampai separuh akhir – Shahrul
Meskipun kekalahan kepada juara bertahan Thailand sukar diterima, pemain muda Selangor FC itu berkata, segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar dijadual pada Januari 2024.
Dari segi persembahan menentang Thailand, Sharul Nazeem berkata, Malaysia tampil dengan pendekatan taktikal sama dalam kedua-dua aksi separuh akhir sekali gus menampakkan secara keseluruhan Thailand sebagai pasukan lebih bagus.
“Semestinya kekalahan ni kami tak boleh nak terima…saya rasa inilah titik permulaan bagi kami. Kami mungkin sedikit penat tetapi tetap berjuang, saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan, saya rasa banyak kami perlu perbaiki untuk Piala Asia nanti.
“Perlawanan ini mungkin disebabkan kelemahan kami, mungkin Thailand tahu kelemahan kami jadi kami perlu perbaiki apa yang mereka lakukan terhadap kami,” kata pemain berusia 23 tahun itu selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat malam Selasa.
Pada pertembungan itu, Gajah Perang menang 3-0 menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda pada minit ke-19 sebelum pemain sayap Bordin Phala dan penyerang gantian Adisak Kraisorn, masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 dan 71.
Malaysia, juara 2010, tewas dengan keputusan agregat 1-3.
Thailand akan membuat perhitungan menentang juara dua kali, Vietnam, pada perlawanan final secara timbal balik Jumaat ini dan Isnin minggu depan.
Mengulas lanjut, Sharul Nazeem mengakui terdapat perbezaan kualiti antara pemain negara dan Thailand serta berbangga dengan pencapaian mara ke separuh akhir dilakar mereka.
“Pemain mereka ada yang bermain di luar negara, jadi pengalaman lagi tinggi berbanding dengan pemain kami macam (main) di Thailand, jadi kami kalah dekat situ…tapi kami tetap bangga sampai separuh akhir, kita perlu teruskan fokus untuk Piala Asia,” katanya.
Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini menyaksikan Malaysia memperbaiki rekod tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan pada edisi lepas, yang juga membawa kepada keputusan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan.
Artikel ini disiarkan pada 11/01/2023
degree coursework qasp coursework coursework king’s college nea coursework history a level
nea coursework history a level coursework for business administration king’s college london coursework coursework vs research
coursework gcse coursework or course works coursework sample of written work coursework history a level
nursing coursework coursework examination coursework meaning https://teachingcoursework.com
do my coursework online coursework que es coursework writer uk coursework presentation
coursework example coursework references coursework student coursework common app
coursework to order buy coursework coursework or research coursework university
coursework info
[url=”https://brainycoursework.com”]coursework papers[/url]
coursework only degree
coursework advantages and disadvantages coursework ne demek coursework ka hindi coursework on a resume
coursework based degrees coursework king’s college course work hero coursework king’s college
coursework plagiarism checker coursework example pdf coursework on cv coursework mark
2healthcare